Thursday, Feb 22, 2018
HomeBeritaDidakwa merogol dan lakukan hubungan luar tabii

Didakwa merogol dan lakukan hubungan luar tabii

Tiga anggota polis yang didakwa merogol dan melakukan hubungan luar tabii terhadap seorang wanita warga Indonesia diperintah untuk membela diri.

Advertisements

Keputusan berkenaan ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mendengar hujah pihak pendakwaan beserta keterangan saksi termasuk mangsa pada perbicaraan tahun lalu.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menetapkan 9 Mei depan sebagai tarikh pihak defendan mengemukakan hujah pembelaan selepas mendapati pendakwaan membuktikan kes itu sebagai prima facie.

Konstabel Remy Anak Dana, 26; Kpl Nik Sin Mat Lazin, 35, dan Konstabel Syahiran Romli, 23, didakwa melakukan perbuatan itu di Berek Balai Polis Perai.

Mereka didakwa merogol wanita berumur 25 tahun di Bilik 4, Berek Balai Polis Perai di sini, antara jam 6.40 pagi hingga 7.30 pagi, 9 November 2012 mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Ketiga-tiganya juga didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap wanita itu pada tarikh, waktu dan tempat yang sama mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.- Berita Harian

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
Bayi mati ketika men
Oral-B lancar kempen

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja