Sunday, Aug 18, 2019
HomeGaya hidupCinta: Wanita Tolong Jauhi 5 Lelaki Ini!

Cinta: Wanita Tolong Jauhi 5 Lelaki Ini!

Ungkapan “don’t judge the book by it’s cover” mungkin ada kebenarannya dan cara ini juga boleh digunakan ketika memilih calon pasangan. Ya, langkah pertama untuk menjalin hubungan yang baik adalah memilih calon pasangan dengan bijak. Kenali tanda lelaki yang perlu dijauhi dan sebaiknya, jangan sekali-kali jatuh cinta kepadanya.

Advertisements

Bijak memilih pasangan bukan sahaja membantu anda jauh daripada potensi sakit hati dan dikecewakan, malah jimat masa dan tenaga. Jadi, sebagai langkah ‘selamat’, ikuti panduan yang kami kongsikan ini;

1. Cepat mesra
Semua hal yang serba berlebihan pasti tidaklah baik, termasuk terlalu cepat mesra dengan seseorang. Baru sekali kenal dan bertemu, nampaknya si dia sudah bersikap ‘mesra gila, akrab gila’ dan seolah-olah ‘cinta mati’ kepada anda. Bukan tidak boleh percaya pada cinta pandangan pertama, tetapi sebagau wanita, anda tentu boleh membezakan antara cinta pandangan pertama dan sekadar nafsu, bukan?

Orang seperti ini biasanya ‘jaguh merayu’. Dia akan mengeluarkan kata-kata romantis yang membuai perasaan dan jiwa kewanitaan anda. Jangan ‘gelojoh’ dengan semua perasaan suka dipuji agar anda tidak terjebak dengan ‘rayuan gombalnya’.

Dia juga akan membatasi gerak-gerik anda dan mengongkong  (padahal anda dan dia belum rasmi bercinta). Dia juga selalu membuat anda rasa bersalah apabila menolak permintaannya. Sepatutnya, dia perlu menghormati batas perhubungan kalian.

2. Batas komitmen yang jelas
Dalam perhubungan, biasanya wanita inginkan status yang jelas dan terus berkembang baik. Jika anda termasuk wanita yang tidak sabar untuk menunggu, maka hindarilah lelaki ini.

3. Benci pekerjaannya
Ketika mencari pasangan, anda juga harus mencari lelaki yang berkeyakinan, ada matlamat hidup, stabil dan lain-lain. Beberapa kajian membuktikan bahawa harga diri lelaki dinilai berdasarkan pekerjaan atau kemampuan mereka. Jika seorang lelaki berasa tidak produktif, dia akan berasa sangat gagal. Seorang lelaki yang gagal adalah orang yang sangat sukar diatasi.

Jika lelaki membenci pekerjaannya, secara tidak langsung dia tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Lebih buruk lagi, dia tidak tahu keperluan dan keinginan sendiri.  Individu seperti ini hanya akan membuat anda berfikiran negatif dan iri hati.

4. Sukar dijangka
Ada segelintir lelaki mempunyai sikap yang sukar dijangka. Jika anda terlalu banyak memberi perhatian, dia takut. Jika sebaliknya, dia pula menjadi pasif dan menagih perhatian. Huh! Apabila diberi perhatian secukupnya, dia bosan. Habis, bagaimana?

Lelaki seperti ini selalu menginginkan pasangan (teman wanita) memenuhi keinginannya. Apabila anda tidak dapat memenuhi harapan ini, dia pun ‘lesap’ entah ke mana-mana.

5. Hanya suka-suka
Lelaki seperti ini memang takut untuk berkomitmen. Berhati-hatilah dengan lelaki yang tidak mahu menunjukkan kemajuan dalam hubungan. Cara terbaik baginya untuk tidak berkomitmen serius adalah bercinta semata-mata. Jadi, tidak hairanlah kalau dia selalu mengelak apabila diajak berbincang mengenai perkahwinan.

Foto utama: Sekadar hiasan

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
Halimah Shuib Dedah
6 Cara Mudah Dan Mur

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja