Tuesday, Jan 23, 2018
HomeKeluargaCara Mengekalkan Kebahagiaan Rumah Tangga

Cara Mengekalkan Kebahagiaan Rumah Tangga

SIKAP saling menghormati, bertolak-ansur dan bertimbang rasa antara pasangan suami isteri menjadi ‘kunci’ keharmonian rumah tangga. Paling penting, sebarang kemusykilan dan masalah dalam keluarga haruslah diselesaikan secara muafakat.

Pun begitu, lumrah kehidupan. Ibarat gigi dengan lidah, sesekali pasti tergigit. Jangan panik dan buntu. Berundinglah secara rasional supaya keputusan tidak berat sebelah dan menggugat kasih sayang.

Sentiasa ingat, tiada manusia yang sempurna dan setiap orang pasti melakukan kesilapan. Selain mempunyai pendapat berbeza. Justeru, jangan berharap orang lain dapat melihat sesuatu dari sudut pandang sama.

Jika anda atau pasangan secara sengaja melakukan kesalahan, berkemungkinan anda tidak memberi perhatian antara satu sama lain dan jika dibiarkan berterusan keadaan ini boleh menjejaskan hubungan malah kerukunan rumah tangga.

Bertindak segera, paling penting anda dan pasangan harus sedar perbuatan itu salah. Berbincang dari hati ke hati dengan pasangan dan berusaha memperbaiki keadaan.

Tanggungan perasaan
MH370: Ahli keluarga

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja