Tuesday, Feb 18, 2020
HomeInspirasi DapurCara Membuat Cendawan Goreng Yang Ranggup

Cara Membuat Cendawan Goreng Yang Ranggup

Cara Membuat Cendawan Goreng Yang Ranggup

Rangup, manis dan pedas. Sekali makan, tak cukup sepinggan. Apatah lagi sambil menonton TV atau membaca novel. Mudah didapati di mana saja termasuk di pinggir jalan. Pelbagai versi, tetapi kebiasannya digoreng garing. Ada perisa biasa dan pedas menyengat.

Advertisements

Cendawan Goreng, siapa saja pasti menggemarinya. Jadi, hari ini, kami mahu kongsi resipi ringkas dan hanya menggunakan tiga bahan saja. Ya, semudah 1,2,3…Sedia untuk dinikmati seisi keluarga.

Cendawan Goreng Ranggup 4 Bahan

Bahan-bahannya:

1/2 kilo Cendawan Tiram, dicuci bersih dan dituskan

Tepung Bistari, perisa pedas secukupnya

Sedikit air

Minyak untuk menggoreng

Selepas dicuci bersih, Cendawan Tiram perlu dituskan terlebih dahulu supaya airnya kering untuk menggelak meletup di dalam minyak panas ketika menggorengnya.

 

Tepung serba guna yang mudah didapati di pasar raya atau kedai runcit.

Cara membuatnya:

1. Cendawan yang sudah ditus kering disiat mengikut saiz keinginan anda.

2. Di dalam mangkuk, campurkan Tepung Bistari dan air secukupnya. Bancuh dan kacau sebati. Pastikan bancuhan tepung tidak terlalu cair atau pekat, memadai dapat menyaluti cendawan keseluruhannya.

3. Panaskan minyak, pastikan panas sempurna untuk menggelakkan cendawan diserap minyak.

4. Celup cendawan di dalam bancuhan tepung dan masukkan di dalam minyak panas. Goreng sehingga salutan tepung pada cendawan berwarna kuning keemasan dan ranggup.

 

* Kami mengalu-alukan penyertaan anda di ruangan ini. Caranya, hantarkan gambar masakan bersama resipinya, nama anda bersama sekeping gambar untuk tujuan siaran melalui emel mediawriter1@gmail.com.-Editor


comments

FOLLOW US ON:
13 Sikap Suami Yang
Farid Kamil Diikat J

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja