Sunday, May 26, 2019
HomeInspirasi DapurCara Buat Stok Ayam Sedap Tanpa MSG

Cara Buat Stok Ayam Sedap Tanpa MSG

Buat stok ayam sendiri memang lebih sedap dan terjamin dari segi kesihatan, kebersihan dan kualitinya. Hasil rasanya bukan hanya lebih semula jadi, tetapi juga memberi tekstur pekat. Mari kami kongsikan tip dan resipi menghasilkan stok ayam lebih enak dan selamat untuk dinikmati seisi keluarga (terutama anak kecil).

Advertisements

Bahan-bahan:

  • Kulit dan tulang ayam, pastikan pilih ayam segar
  • 4 ulas bawang putih, diketuk
  • 2 tangkai daun bawang besar, dipotong-potong
  • 2 batang saderi, dipotong-potong
  • 1 labu bawang bombay, dipotong 4 bahagian
  • 2 batang lobak merah, kupas dan dipotong ukuran besar
Foto: cookingclassy.com

Cara membuatnya:

  1. Di dalam periuk, rebus air lebih dahulu, apabila sudah mendidih, masukkan kulit dan tulang ayam. Pastikan pilih ayam segar (bukan sejuk beku) untuk hasil stok yang memuaskan.
  2. Selepas isi ayam berubah warna, bubuh semua bahan dan rebus bersama sehingga mendidih sekali lagi.
  3. Pastikan airnya cukup dan merendam seluruh bahagian ayam. Apabila rebusan sudah mendidih dan berbuih, buang buihnya. Kecilkan api dan teruskan mereneh stok ayam sehingga kurang lebih 1 jam.
  4. Padamkan api, biarkan sehingga sejuk dan tapis ke dalam bekas yang sesuai untuk disimpan di bahagian sejuk beku.

Stok ayam siap digunakan bila-bila masa sahaja diperlukan. Jika menggunakan kulit dan tulang ayam, boleh terus dibuang, tetapi jika menggunakan bahagian kepak dan tulang yang disaluti isi ayam, bolehlah diolah menjadi makanan lain agar tidak membazir.

Foto utama: rte.ie

comments

FOLLOW US ON:
Rahsia Rumah Kemas D
Tahniah, Anzalna Kin

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja