Sunday, Dec 8, 2019
HomeInspirasi DapurBuah Asam Kandis Menggamit Memori

Buah Asam Kandis Menggamit Memori

PERTAMA kali ditunjukkan buah ini, saya sangkakan buah Manggis kerana bentuknya sama begitu juga rupa daun dan ketinggian pokok. Jadi, apabila diberitahu inilah Buah Asam Kandis, saya berasa begitu teruja sekali. Ya, sudah lama saya dengar mengenai buah masam ini tetapi tidak pernah lihat sendiri bagaimana rupa buahnya.

Advertisements

Menurut beberapa bacaan saya di Internet, Buah Asam kandis (Garcinia xanthochymus) adalah pokok hijau berukuran maksimum 15 meter yang dikatakan berasal dari India. Tumbuhan ini juga masih sekeluarga dengan buah manggis dan asam gelugur.

Buahnya agak bulat, sedikit runcing dengan diameter mencapai 9 cm, berwarna jingga pucat atau kuning pekat. Tumbuhan ini suka pada keadaan persekitaran yang lembab (redup). Biasanya, pembungaan berlaku selepas musim kering yang cukup panjang (minimum tiga bulan) dan boleh berbunga dua kali setahun.

Sayangnya, pokok Buah Asam Kandis semakin sukar ditemui zaman ini. Jika ada menanamnya, anda sangat beruntung dan bolehlah memanfaatkannya untuk kegunaan sendiri atau dijual.

Foto: Osman

Sama seperti Asam Gelugur, Asam kandis banyak digunakan dalam masakan Melayu. Rasanya masam dan sering digunakan dalam penyediaan Gulai Kari, Gulai Lemak Kuning dapur atau sekadar perasa masam untuk merebus ikan.

Saya berkesempatan melihat sendiri proses menggeringkan Asam Kandis ini. Caranya sangat mudah, hanya memerlukan kerajinan dan kesabaran.

Buah Asam Kandis yang cukup matang dan sesuai diproses.

Buah Asam Kandis yang cukup matang dibelah dua dan dikeluarkan bijinya. Sebaik sahaja dibelah, terus rendam air yang banyak bertujuan untuk menggelakkan isinya menjadi hitam sekali gus membuang sisa getah.

Buah Asam Kandis dibelah dua dan dibuang bijinya.

Selepas direndam lebih kurang 15-20 minit, buah Kandis dibersihkan dan ditapis airnya. Kemudian, bolehlah dijemur di tengah panas matahari sehingga kering. Mudah, bukan.

Jika cuaca baik, proses mengeringkan Asam Kandis tidak memakan masa lama. Selepas benar-benar kering, gaulkan Asam Kandis dengan garam kasar supaya asam sentiasa dalam keadaan lembab dan tidak berkulat. Selepas itu, bolehlah masukkan ke dalam bekas kedap udara.

Foto: Osman

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
Tahniah, Anzalna Kin
10 Tip Memulakan Hub

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja