Tuesday, Nov 20, 2018
HomeGaya hidup‘Bazar Marrakech’ Nikmati Pengalaman Membeli-belah Di Maghribi. 

‘Bazar Marrakech’ Nikmati Pengalaman Membeli-belah Di Maghribi. 

Bagi memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri kali ini,  Setapak Central Mall telah bertukar wajah menjadi ‘Bazar Marrakech‘ yang cukup mempesonakan, memikat pengunjung untuk merasai pengalaman sebenar membeli-belah di Maghribi.

Advertisements

Dalam kempen yang berlangsung sebulan itu, pengunjung turut berpeluang untuk memenangi baucar beli-belah fesyen bernilai RM8,500 untuk meraikan Raya dengan penuh gaya.

Selain daripada hadiah yang menarik, pengunjung juga berpeluang menyaksikan beraneka persembahan bertemakan raya serta aktiviti menyeronokkan pada hujung minggu.

Pengarah Eksekutif Setapak Central, Chan Lai Hing, berkata, pada Syawal 2018 ini, mereka mahu menonjolkan semangat Raya untuk semua peringkat umur.

“Ini dapat dilihat menerusi pelbagai aktiviti yang telah diaturkan seperti Tarian Tradisional Melayu, persembahan Angklung secara solo, lukisan batu untuk kanak-kanak, demonstrasi kesenian kopi, bengkel anyaman ketupat dan bunga tekap,” kata Chan Lai Hing. Semua aktiviti berkenaan diadakan pada hujung minggu bertempat di ruang Concourse.

Selain daripada aktiviti berkenaan, terdapat 10 gerai di dalam Bazar Marrakech yang menawarkan beraneka koleksi raya dan semua trend terkini pilihan pengunjung seperti Baju Melayu oleh Emmer Zecna dan Orlando, pakaian tradisional wanita oleh SRB dan Butik Breeze, kudap-kudapan serta snek daripada Mayuri Ipoh Murukku, biskut Raya Alaena Mirza, pakaian tradisional kanak-kanak  Lil Treads dan banyak lagi.

Setapak Central sentiasa berusaha untuk menjadi sebuah pusat membeli-belah masyarakat yang mesra keluarga serta memberi nilai tambah dalam membeli-belah.

Selain daripada pasaraya Econsave, Parkson dan MBO Cinemas, turut menawarkan pelbagai pilihan membeli-belah serta riadah lain yang sesuai dengan selera para pengunjung dari segenap lapisan masyarakat.

Maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Setapak Central di http://setapakcentral.com.my yang dikemas kini pada masa sebenar, laman Facebook Setapak Central http://www.facebook.com/SetapakCentralMall atau hubungi Setapak Central di 03 4143 5576.

comments

FOLLOW US ON:
Ramadan Dihayati, Ai
Kempen Didik Penjaga

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja