Tuesday, Nov 20, 2018
HomeKeluargaApakah Solusi Untuk Masalah Anak Tidak Fokus, Mengelamun Dan Sukar Menghafal?

Apakah Solusi Untuk Masalah Anak Tidak Fokus, Mengelamun Dan Sukar Menghafal?

Foto: Susanadeleon

Tulisan: Syahirah Omar (Perunding Pendidikan Smart-IQ)

Advertisements

Sebelum ini saya ada bertanya mengenai anak yang kurang fokus dalam Kelas, mengelamun dan sukar menghafal. Memang ramai sebenarnya yang ada masalah ini.

Itu belum masuk bab mak ayah stress bila cakap dengan anak… Tapi dia boleh buat tak dengar. Macam masuk alam lain, ‘kan? Mulalah mak ayah naikkan volume Suara, sarungkan costume tarzan sambil jerit nama anak.

“Puteri Natasya Chantik Kamelia Maisarah Binti Pojie, Mama panggil ni tak dengar keee???” Sekali,habis nama penuh keluar. Hahaha!

Solusi untuk masalah anak tidak fokus, mengelamun dan sukar menghafal

Foto: Greatschools

Ok, macam ni…

Pertama sekali, sebelum saya share panjang lagi, cuba kenali dulu apa yang buatkan anak tak fokus kat rumah. TV? PlayStation? Handphone? Ipad?

Ada tak mereka addicted benda ni semua? Ok, kalau ada yang ni, kena kawal. Tetapkan rules. Berapa lama masa penggunaan tu kena dipantau.

Ada banyak faktor kenapa anak tak suka belajar dalam kelas. Mungkin bosan? Tak faham lansung apa cikgu membebel sebab dah ketinggalan? Mungkin sebab masalah famili, mak ayah asyik bertengkar? Masalah lapar? Masalah rancangan kegemaran tak sempat tengok sebab ada koko? Tak sihat, tapi kena pergi sekolah sebab tak ada yang jagakan? Atau stress mak bapak nak A, tapi aku nak lulus pun azab???

Memang banyak sangat faktor. Ok, kalau semua ni dah check. And kalau tak ada… Mari kita teruskan pembacaan.

Ok macam ni, cuba ingat balik. Dulu pernah tak kita belajar kita senang ingat bila kita dengar? Atau tetiba kita perasan kawan kita time belajar suka bergerak? And maybe kita jenis kalau tengok baru faham, kalau dengar tak faham?

Ok, rasanya ramai parents tahu. Learning style anak kita semua tak sama. Dalam satu kelas tu, berapa ramai students and cikgu pun struggle nau nak fahamkan anak murid. Ramai kot, 40 orang? Huish… Memang ramai.

Macam saya share sebelum ni. Parents kena tahu dulu karakter anak. Learning style… Semua multiple intelligence anak. Untuk apa? Untuk kita tahu mana intelligence anak kita yang sangat hebat yang kita boleh keluarkan potensi anak kita, and kat mana kita boleh bantu dia.

Kenapa kena tahu? Supaya tak membazir duit. Hantar kelas art tapi anak suka muzik. Hantar kelas robot tapi anak minat memasak. Stress kot anak tu? Hanya sebab kita seronok nak anak jadi macam mana kita nak, kita paksa dia jadi macam tu. Tak adil, ‘kan?

Jadi, dengan buat “FINGER PRINT ANALYSIS” anda akan mudah sangat untuk fahami anak anda. Anda akan dapat report yang sangat detail sebab finger print manusia ni tak sama tau. Jadi, anda akan terdiam terkedu bila tengok finger print report tu. “Wow… Hebatnya anak aku ni? Kenapa aku tak perasan lansung?” atau pun.. ” Ya Allah… Maafkan mak nak… Mak paksa kau masuk kelas masak Nasi Goreng Petai tapi kau minat kelas art… Maafkan mak” kata mak dalam hati.

Ok… Jom teruskan pembacaan.

Disebabkan sekolah ada ramai students, cikgu tak boleh fokus sorang-sorang. Kita perlu tingkatkan fokus anak. Betul? Macam mana nak bantu anak untuk tingkatkan fokus anak? Jawapanya, aktifkan POWER BRAIN anak anda.

Sebenarnya, bila activekan power brain, kita activekan seluruh otak kita. Sebelum ni bukan tak pakai tapi kita pakai sikit je. Bayangkan, hardisk kita. Kita pakai. Pakai… Kita format balik sebab tak muat, lepas tu memori lama pun makan hilang. Hilang… Hilang. And takat tu je, macam tu juga otak kita.

Cuba bayangkan, kita ada space yang SANGAT BANYAK dalam otak ni. Storage semua cantik, kemudian senang nak cari file bila kita perlu. Bezakan bila sikit space dan banyak sangat space?

Ok, apa jadi lagi sebenarnya bila activekan power brain? Semua sensory kita akan active dan yang kita kerap guna akan jadi super sensory. Haaa… Macam mana, tu?

Ok, katalah anak kita belajar dengan auditory tapi dia tak boleh fokus bila ada bunyi kawan ketuk pen. Atau bunyi kawan bising, budak kelas sebelah menjerit… Sudahnya tak faham.

Tapi bila ada power brain, anak boleh fokus dengan control brain anak. Imagine, Off ‘kan bunyi bising. Kemudian, setkan di brain nak fokus. Anak kita akan absorb banyak benda yang diajar bila dia fokus.

Kalau kinaestetik macam mana? Sama juga… Walaupun dia bergerak dengan tahap fokus yang lebih pendek daripada anak kurang bergerak tapi anak boleh absorb dengan cepat information yang dia tengok dan dengar. Sebab? Sebab semua sensory dia dah active dan dia gunakan brain sepenuhnya. Haaa… Hebatkan otak manusia ni?

Lepas itu macam mana anak ni diajar menghafal? Kalau power brain memang kita akan ajar macam mana nak buat aktiviti kuatkan otak. Ok… Perasan tak, kita selalu share anak guna Blindfold? Anak menghafal surah dengan guna Blindfold?

Sebenarnya, bila tutup mata tu automatik anak akan masuk zon fokus sebab itu bila tengok video, anak boleh membaca walaupun blindfolded tu. Sebab, mereka fokus betul. Memang anak yang ada power brain (selalu guna memory) sangat hebat sebab mereka ada daya fokus yang tinggi.

Kenapa tutup mata? Pernah tak anda menghafal masa nak ingat tu anda pejam mata untuk recall balik apa yang dihafal? Haaa… Samalah blindfolded ni. Beza yang ini datang sekali pakej ada power brain. Jadi, nak ingat tu InsyaAllah sangat mudah dan nak keluarkan pun sangat mudah sebab storage dan cantik. Anak yang hafal Quran sangat membantu kalau ada power brain InsyaAllah.

Apa yang saya share ni bukan benda yang mustahil. ALLAH ciptakan manusia sebaik-baik kejadian. Kita yang tak explore habis, ‘kan? Bila semua sensory kita diactivekan sebab tu kita boleh tahu apa yg kita sentuh atau dekat dengan kita bila blindfolded.

Sebenarnya, banyak lagi kelebihan power brain ni. Nanti kita share lagi. Punyalah power, bukan untuk belajar je ya?

Ok… Saya share bukan sebab marketing. Saya share sebab benda ni bagus. Saya share sebab saya nak semua mak ayah tak pening fikir masalah anak. Saya share sebab nak bantu semua guru yang besar tugasnya. Dan paling utama, saya share sebab saya nak ramai Khalifah yang hebat akhir zaman ini.

Power brain ni satu solution yang Allah beri. Tapi selebihnya parents kena continue buat di rumah untuk jaga momentum anak. Semuanya atas kita, ‘kan sebab ini bukan magic. Ini mak ayah kena betul faham.

Jangan ingat lepas buat power brain, anak terus dapat straight A. Kita Kenal anak kita. Kita tahu tahap anak kita. Kita cuba bantu anak kita. Ok? Raikan kelebihan dia. Bantu apa yang perlu.

Anda nak tanya soalan? Anda tanya, saya jawapkan InsyaAllah. Nanti saya share lagi, ok.

 

“Awaken the genius in you”

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
3 Jenis Vitamin Ini
Curang: Bertemu Keka

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja