Monday, Feb 26, 2018
HomeKeluargaAnak Permata Tak Ternilai

Anak Permata Tak Ternilai

Tuntutan hidup yang serba meningkat kini, memaksa ibu bapa memberi tumpuan lebih pada pekerjaan (kerjaya) demi menampung keperluan dan tanggungjawab kepada keluarga. Ini menyebabkan mereka sering kesuntukan masa bersama anak.

Advertisements

Apabila anak bangun tidur ibu dan bapa dalam perjalanan ke pejabat dan pulang ketika anak tidur nyenyak. Keadaan ini mungkin membuat anak lebih mesra dengan pembantu rumah (atau penjaga) berbanding ibu bapa mereka.

Panduan berikut ini mungkin boleh membantu anda untuk memberi kasih sayang dan perhatian kepada anak.

1. Peruntukan waktu khusus untuk setiap anak, sediakan satu hari khas kepada anak untuk meluangkan masa bersama. Anda dan anak boleh melakukan kegiatan seperti memancing, berenang, bermain badminton atau masak bersama.

2. Pupuk keyakinan diri anak dengan memberi motivasi dan menghargai setiap usahanya.

Anda perlu kreatif untuk mewujudkan suasana yang boleh membuat anak berasa bangga dengan usaha dan pencapaiannya. Misalnya, sediakan ruang khas untuk menggantung lukisan atau karangan anak. Jangan buang karya atau luahan hatinya.

Makan bersama mengeratkan hubungan keluarga. (Gambar hiasan)

3. Berikan penghargaan setiap kali anak menunjukkan prestasi bukan sahaja dalam bentuk hadiah tetapi pujian, pelukan dan perhatian.

4. Hindari kata-kata berbaur tuduhan, misalnya “Kenapa adik menangis? Ini mesti sebab Along kacau adik!”

5. Ajak anak berkongsi detik gembira dengan menunjukkan album gambar dia sewaktu kecil, ceritakan kepadanya kisah setiap gambar itu.

6. Ungkapkan kata-kata penghargaan seperti, “Mama dan Ayah sangat bahagia ada anak seperti Along, Angah dan adik.”

7. Beri kebebasan dan peluang anak memilih pakaiannya.

8. Ambil tahu jadual pelajaran anak dan siapa rakannya di sekolah.

10. Jangan berbincang ketika anda sibuk dengan urusan kerja atau melayan tetamu, layan keperluan anak terlebih dahulu agar dia tidak berasa diabaikan.

11. Pastikan anda sekeluarga ada waktu khas untuk makan bersama dan jadikan sebagai waktu penting dalam kehidupan keluarga anda.

12. Apabila anda mahu keluar rumah meninggalkan mereka kerana urusan kerja, tinggalkan nota ringkas yang mengungkapkan kasih sayang dan kata-kata motivasi kepada anak. Biar anak tahu, mereka sangat penting dalam hidup anda.

13. Tegur kesalahan anak dan pada masa sama mengajarkan yang hal benar.

14. Memberi nama panggilan khusus kepada setiap anak.

15. Bersama memulakan hari baru dan lupakan kejadian yang lalu. Jangan ungkit kesilapan anak!

Sediakan waktu untuk bersama anak. (Gambar hiasan)

16. Pangku dan cium anak,  katakan kepada anak bahawa anda sangat menyayanginya.

17. Sediakan kotak khusus untuk saling meletakkan ucapan istimewa antara anda dan anak.

18. Ungkapkan perasaan sayang dengan sikap dan perbuatan.

19. Faktor utama dalam mendidik anak adalah komunikasi dan interaksi yang baik.

20. Hargai pendapat anak.

21. Ibu bapa harus sentiasa sedar bahawa kebahagian dan keperluan hidup anak amat penting.

Jadi anda melaksanakan sebaik mungkin, jika tanggungjawab ini diserahkan kepada orang lain, anda kerugian kerana kehilangan nikmat dan rahmat yang tidak ternilai harganya.

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
Tangkap Ketam Nipah
Inspirasi trio jelit

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja