Tuesday, Oct 23, 2018
HomeSelebritiAnak Lan Solo Selamat Bedah Bibir

Anak Lan Solo Selamat Bedah Bibir

Prosedur berkenaan mengambil masa kira-kira tiga jam dan tidak berdepan sebarang masalah

Alhamdulillah, anak kepada Penyanyi Lan Solo, Nur Aman Quxandra, 3 bulan, selamat menjalani pembedahan membetulkan bibir (sumbing).

Advertisements

Menerusi akaun Instagramnya, Lan turut berkongsi rasa bersyukur dan gembira kerana prosedur pembedahan anaknya itu berjalan lancar, pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Memetik laporan BH Online,  Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 33, berkata, prosedur berkenaan mengambil masa kira-kira tiga jam dan tidak berdepan sebarang masalah.  Bayinya itu dijangka dibenarkan pulang ke rumah esok.

“Buat masa ini, Quxandra sudah ditempatkan di wad biasa. Dia masih tidur dan perlu berehat. Alhamdulillah, doktor memaklumkan pembedahan itu berjaya.

“Doktor beritahu, jika dia dapat menyusu dengan botol seperti biasa dan kesihatannya baik, esok kami boleh membawanya pulang. Terima kasih atas doa semua.

“Kami juga diminta datang semula ke hospital selepas seminggu untuk membuka jahitan, selain melakukan pemeriksaan pada kesan pembedahan,” katanya.

Terdahulu, Quxandra dilahirkan. pada 24 Februari 2018 di sebuah pusat perubatan swasta, di sini.

Selain Quxandra, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 6 Disember 2009 itu turut dikurniai tiga cahaya mata lain, Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4 dan Muhammad Akid Qassyaff, 3.

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
Kekal Cergas Dan Ber
Terpalit Kontroversi

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja