Saturday, Sep 26, 2020
HomeSelebritiAlhamdulillah Adi Putra Dan Aida Nikah Semula

Alhamdulillah Adi Putra Dan Aida Nikah Semula

Adi Putra Nikahi Bekas Isteri

Syukur Alhamdulillah, jodoh masih panjang. Pelakon Datuk Adi Putra selamat melangsungkan pernikahan dengan bekas isterinya, Aida Yusof atau nama sebenarnya Zuhaidah Yusof, 43, pada Khamis.

Advertisements

Berita gembira itu dikongsi Adi menerusi dua keping foto bersama Aida dan ucapan terima kasih kepada yang mendoakan jodoh mereka di dalam akaun Instagram peribadinya.

Tulis Adi;

“Syukur pada Allah dan terima kasih kepada yang hadir dan mendoakan saya dan Aida. Semoga Allah permudahkan urusan kita bersama sebagai ummah,” tulisnya.

Rata-rata pengikut di laman sosialnya itu menzahirkan rasa gembira dan mendoakan jodoh pasangan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Adi dan Zuhaidah berkahwin buat kali pertama pada 14 April 2006.

Bagaimanapun, mereka ini tidak dikurniakan cahaya mata sebaliknya mempunyai seorang anak angkat Zara Adelia, enam tahun.

Pada 20 Jun 2016, pelakon itu kemudiannya berpoligami selepas menikahi Norshahida Dzolkifly (34).

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan menerusi Instagram pada 23 Mac 2017, Adi memberitahu, dia tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan kedua-dua isterinya itu.

 

comments

FOLLOW US ON:
Maut Ditimpa 'Kerusi
Hanis Zalikha Dan Yu

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja