Tuesday, Oct 23, 2018
HomeGaya hidupAlami Kemeriahan Musim Bola Sepak KidZania SportZ Sebulan

Alami Kemeriahan Musim Bola Sepak KidZania SportZ Sebulan

Bersempena acara bola sepak terbesar dunia yang bakal berlangsung, KidZania Kuala Lumpur meraikan peminat bola sepak cilik di Malaysia. Bermula dari 9 Jun hingga 8 Julai, KidZania SportZ 2018 akan meraikan sukan yang digilai ramai ini.

Advertisements

Antara aktiviti yang bakal diadakan termasuklah sesi futsal, “foosball” dan permainan yang disukai ramai, Subbuteo. Nantikan juga penampilan istimewa daripada Pasukan Bola Sepak Orang Buta Malaysia serta bengkel bola sepak eksklusif oleh pasukan Akar Umbi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Kanak-kanak dan seisi keluarga boleh mempelajari lebih lanjut tentang Bola Sepak Orang Buta dan mencuba nasib menjaringkan gol dengan mata ditutup dalam satu sesi perlawanan khas bersama Pasukan Bola Sepak Orang Buta Malaysia.

Bukan itu saja, mereka juga berpeluang menjalani latihan bersama pakar bola sepak daripada Akar Umbi FAM dalam satu bengkel eksklusif.

Menurut Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur, Shahrul Nizar Ahmad, memandangkan kehangatan bola sepak sudah semakin dirasai, maka ini adalah  masa yang paling sesuai untuk menanam minat aktif bersukan dalam diri kanak-kanak.

Sukan bukan sahaja satu aktiviti masa lapang yang menyihatkan, malah ia dapat meningkatkan daya koordinasi, meningkatkan  keyakinan diri dan memupuk kemahiran sosial.

Permainan juga dapat mengajar kanak-kanak tentang nilai bertolak ansur serta kerjasama. Kesemua nilai ini adalah aspek yang penting apabila sudah dewasa kelak dan kami berbangga dapat menganjurkan ‘KidZania SportZ’ buat kedua kalinya dan terus menggalakkan kanak-kanak untuk “Learn Life Today.”,” kata Shahrul Nizar.

Antara aktiviti bertemakan bola sepak yang akan diadakan di KidZania SportZ 2018:  

  • Futsal: Latih skil menggelecek dalam perlawanan 2V2, atau cuba jaringkan gol dengan mata ditutup!
  • Foosball: Permainan yang menguji koordinasi tangan dan mata ini sesuai untuk semua peringkat umur!
  • Subbuteo: Peserta boleh mencuba sendiri permainan meja yang digilai ramai ini!
  • Permainan Video Bola Sepak: Permainan maya yang akan membuatkan pemain berasa seperti berada di atas padang!

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin bin Hj Mohd Amin,  berkata, mereka berbesar hati dapat memberikan sokongan dan menggalakkan minat kanak-kanak dalam sukan bola sepak menerusi program yang dianjurkan KidZania SportZ ini.

“Inisiatif seperti ini dapat meningkatkan lagi penghargaan orang awam terhadap bola sepak dan memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk mula bermain bola sepak. Kejayaan dalam bola sepak bermula dari Akar Umbi.” katanya.

Sunny Shalesh, Jurulatih Persatuan Bola Sepak Orang Buta Malaysia pula menambah, ini peluang terbaik kami untuk mendidik kanak-kanak tentang betapa pentingnya untuk mengharungi segala cabaran yang mendatang dengan positif, sepertimana orang buta mengharungi hidup mereka.

“Pasukan kami mempunyai kecekalan yang tinggi dan kami berharap dapat memberi inspirasi kepada kanak-kanak berkenaan”

KidZania SportZ 2018 turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik lain untuk disertai seisi keluarga, antaranya, sukan berbasikal, ping pong, aktiviti robot, memanah dan juga papan luncur jari!

Datanglah beramai-ramai ke KidZania SportZ 2018, dari 9 Jun hingga 8 Julai 2018! Tempah tiket secara dalam talian dan dapatkan diskaun 20% untuk tiket masuk dengan kod promo <SPRTZ2>.

KidZania SportZ 2018 disokong oleh Pasukan Bola Sepak Orang Buta Malaysia, Persatuan Bola Sepak Malaysia, Decathlon, Spritzer, Arrouha Archery Malaysia dan The Positibo Fingerboard.

Maklumat lanjut berkenaan aktiviti dan acara di KidZania Kuala Lumpur, layari www.kidzania.com.my atau www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur, atau hubungi Khidmat Pelanggan KidZania di 1300 88 KIDZ (5439) dari 9 pagi hingga 6 malam, Isnin hingga Ahad.

comments

FOLLOW US ON:
Tommy Thomas Dilanti
Ramadan Dihayati, Ai

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja