Saturday, Dec 5, 2020
HomeKeluarga9 Rahsia Senggama Tahan Lama Dan Nikmat

9 Rahsia Senggama Tahan Lama Dan Nikmat

Penulis buku Dumped, A Breakup Bible For Women, Maryjane Fahey, menyenaraikan beberapa cara agar pasangan suami isteri dapat menikmati hubungan kelamin yang berkualiti dan pada masa sama hubungan menjadi lebih romantis.

Advertisements

Aktiviti senggama yang mencapai kepuasan sebenar dan menggembirakan mampu mengeratkan hubungan suami isteri. Tidak keterlaluan jika dikatakan, setiap kali bersama perasaan sayang dan cinta semakin membara.

Bagaimanapun, banyak halangan untuk menikmati dan mencapai kepuasan sepenuhnya ketika bersama pasangan. Misalnya, tekanan kerja, letih dan bosan.

Nah, kami bongkar sembilan rahsia bersenggama yang mampu mencapai kenikmatan yang berkualiti, tahan lama dan membahagiakan.

Rahsia mencapai kepuasan sebenar

  1. Sihat zahir dan batin

Pasangan suami isteri harus menjalani pola hidup sihat, termasuk menjaga pengambilan makanan. Sihat secara fizikal dan mental akan membuat anda lebih ghairah menjalani kehidupan. Pada masa sama membuat anda teruja menjaga kemesraan dalam hubungan kelamin.

  1. Keyakinan diri

Tingkatkan keyakinan dan jangan sekali-kali membandingkan diri anda dengan orang lain, terutama soal penampilan diri. Paling penting, anda harus berasa selesa dengan diri sendiri dan selalu bersedia menghadapi apa-apa sahaja. Keyakinan diri adalah faktor penting  dalam hubungan intim.

  1. Pelbagai gaya

Bukan tubuh seksi yang menjadi tujuan utama, sebaliknya didorong keyakinan diri maka munculkan sisi seksi daripada diri anda dengan pelbagai cara. Pastikan hubungan intim tidak membosankan dan berani tampil seksi ketika berdua dengan pasangan. Paling penting, jangan malu dan ragu-ragu mencuba posisi (gaya) baru ketika bersama.

  1. Segar dan cergas

Setiap wanita pasti mahu tampil seksi di depan pasangannya, jadi sayangi dan hargai tubuh anda dengan memastikannya sentiasa sihat, segar dan cergas. Apabila tubuh segar, anda bukan sahaja lebih berkeyakinan malah dapat mempelbagaikan posisi ketika bersama pasangan.

  1. Bangkitkan ghairah

Banyak cara membangkitkan ghairah, jadi cari cara tepat dan sesuai untuk anda. Misalnya, menggunakan wangian yang anda suka dan selesa serta mampu membangkitkan ghairah pasangan. Lakukan sesuatu yang membangkitkan ghairah anda sekali gus memberi kesan positif kepada pasangan.

  1. Berani

Tiada salahnya ‘perigi tidak boleh mencari timba’. Walaupun anda  perempuan, tidak semestinya hanya boleh menunggu. Anda boleh memulakan langkah pertama, misalnya dengan menggoda pasangan. Bangkitkan ghairah pasangan dengan cara anda, tanpa perlu menunggu ‘isyarat’ daripadanya.

  1. Terbuka

Beritahu pasangan mengenai apa-apa sahaja yang anda suka dan mahu dipenuhi pasangan ketika bersama. Pasangan tidak dapat membaca fikiran atau meneka keinginan anda. Jadi, anda perlu bersikap terbuka dan memberi kerjasama kepada pasangan agar dapat menikmati hubungan intim yang berkualiti.

  1. Nyalakan lampu

Mengapa perlu memadamkan lampu ketika bersama pasangan? Anda perlu yakin dan berani meninggalkan kebiasaan lama ini. Nikmati sepenuhnya saat indah bersama pasangan, mengapa perlu bersembunyi di sebalik bayang-bayang?

  1. Jujur

Jangan berpura-pura puas dan menikmati hubungan itu demi menjaga hati pasangan. Hakikatnya, anda tidak mampu membohongi diri sendiri kerana ini boleh memudaratkan hubungan dengan pasangan. Jika anda tidak menikmati kepuasan sebenar, berterus-teranglah dengan pasangan. Berbincang dan cari jalan penyelesaian agar puncak kepuasan dapat didaki bersama.

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
“Tak Salah Isteri
Who Runs The World G

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja