Monday, Oct 21, 2019
HomeSeni Deko9 Idea Jimat Rancang Majlis Di Rumah

9 Idea Jimat Rancang Majlis Di Rumah

Foto: weddingbuffet.net

 

Ekonomi negara semakin berkembang pesat, sekali gus kos kehidupan juga meningkat.  Ini termasuk perbelanjaan mengadakan majlis keraian di dewan serba guna atau hotel.

Advertisements

Tidak hairanlah ramai memilih mengadakan majlis keraian seperti hari jadi, bertunang atau akad nikah di rumah. Bagaimanapun, ia memang memerlukan banyak persediaan dan ketelitian.

Paling penting, tuan rumah harus tahu berapa ramai tetamu yang mahu diundang dan tema majlis bagi mengelakkan ruang terlalu padat, peralatan dan makanan tidak mencukupi.

Panduan berikut ini mungkin dapat membantu anda merancang majlis agar lebih teratur, meriah dan menjadi kenangan indah buat keluarga juga tetamu.

1. Tema

Pilihan tema sesuai sama ada warna-warni, unik, classy atau ringkas. Sesuaikan juga dengan ruang rumah anda

2. Bajet

Buat anggaran perbelanjaan sesuai keperluan, jangan sampai membazir  dan berlebihan. Senaraikan bajet untuk makanan, minuman, dekorasi, sewa kerusi atau khemah dan keperluan lain.

Jangan bimbang, anda tetap boleh mengawal pengeluaran bajet jika berbelanja mengikut keperluan majlis. Tiada salahnya, jika ada sebahagian besar tetamu menawar diri untuk membawa makanan atau membantu anda menghias ruang majlis.

3. Dekorasi dan warna

Hiasi rumah dengan dekorasi sesuai tema pilihan. Aambil kira warna dan jenis dekorasi yang sesuai dengan majlis. Hal paling ringkas sekali pun akan kelihatan berbeza. Misalnya, pemilihan warna reben, bunga, alas meja atau set pinggan mangkuk. Jika rumah ada halaman luas, boleh gunakan kawasan ini agar majlis menjadi lebih ‘hidup’.

4. Muzik

Muzik boleh membantu menceriakan majlis. Sediakan koleksi lagu pilihan yang sesuai untuk digunakan pada hari itu. Pilih jenis muzik yang boleh membangkitkan mood. Jika anda mahu lebih meriah, boleh cuba sewa band live tetapi pastikan jangan sampai menganggu ketenteraman jiran lain.

5. Minuman

Sediakan berbagai jenis minuman, termasuk minuman panas seperti kopi atau teh untuk menambah variasi.

6. Makanan

Tentukan pilihan makanan sesuai selera anda sama ada ala western, chinese, timur tengah atau BBQ. Pastikan juga makanan yang disediakan cukup untuk semua tetamu, sebaiknya penyediaan makanan dua kali daripada jumlah tamu. Jika ada makanan lebih, tetamu boleh membawanya pulang.

7. Makanan ringan

Sediakan meja khas untuk kudap-kudapan kepada tetamu ketika mereka menunggu untuk hidangan utama. Pilihan makanan ringan yang boleh anda sediakan termasuk keropok, popia mini, kek cawan atau puding.

8. Hiburan

Rancang beberapa permainan dan hiburan untuk tetamu. Misalnya, mengadakan pertandingan karaoke, tetamu boleh menunjukkan kebolehan menyanyi. Tidak perlu sediakan hadiah lumayan kerana tujuan pertandingan hanya untuk memeriahkan majlis sahaja.

9. Momen indah

Rakam aksi menarik (kandid) untuk mengabadikan setiap momen sepanjang majlis berlangsung.

Tip kemas kediaman

  • Beri tumpuan dan peruntukan (bajet) untuk menata ruang majlis.
  • Buang atau alihkan barang yang tidak digunakan untuk memberi lebih ruang dan keselesaan kepada tetamu.
  • Bagi menampilkan suasana baru, mungkin boleh tambah perhiasan warna terang.
  • Hias ruang majlis dengan jambangan bunga atau gubahan reben di sudut tertentu.
  • Sembur haruman yang membangkitkan mood gembira, segar dan ceria.
  • Jangan hias ruang majlis hingga kelihatan sarat dan sempit. Memadai sekadar meja utama sebagai fokus ruang.
  • Pastikan anda simpan semua barang berharga bagi mengelakkan masalah hilang barang, pecah atau bersepah.

 

 

comments

FOLLOW US ON:
Didakwa Tampar Polis
13 Sikap Suami Yang

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja