Tuesday, Nov 20, 2018
HomeGaya hidup8 Cara Elak Tekanan Hidup

8 Cara Elak Tekanan Hidup

Tekanan (stress) perkara biasa terutama bagi mereka yang sering berhadapan dengan cabaran hidup. Biasanya, kita berasa tertekan pada suatu masa tertentu.

Advertisements

Bagaimanapun, perasaan tertekan berpanjangan boleh menyebabkan daya tahan tubuh menjadi lemah dan mudah, mudah menghidap penyakit dan berubah tabiat makan (cenderung makan banyak).

Lebih memburukkan keadaan apabila tekanan tidak mampu diatasi, khususnya bagi wanita kerana ini boleh menjejaskan ghairah dan kualiti seksual mereka. Paling penting, mereka perlu menyeimbangkan antara pekerjaan dan waktu memanjakan diri.

8 tip berikut ini mungkin dapat membantu anda mengatasi tekanan dalam menempuh kehidupan:

1. Sentiasa prihatin pada jumlah tekanan yang dialami tubuh dan kejadian yang menyebabkan tekanan.

2. Periksa tubuh anda untuk memastikan sama ada otot dalam keadaan tegang, jantung berdegup kuat, tangan sejuk dan lembap atau hilang tumpuan. Berusaha lebih prihatin pada orang, barangan dan peristiwa yang mencetuskan tekanan.

3. Berehat dan bertenang. Waktu rehat penting untuk tubuh dan minda agar kedua-duanya kembali bertenaga. Luangkan masa dengan melakukan perkara yang diminati seperti mendengar muzik, bersukan, berjalan atau berendam di dalam kolam mandi. Menarik nafas panjang juga membantu mengurangkan tekanan.

4. Bersenam secara teratur membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan keyakinan diri anda. Selain membentuk sistem imun, membantu mengelakkan penyakit.

5. Gaya hidup sihat penting bagi memastikan tubuh sentiasa sihat, manakala makan secara berlebihan menyebabkan tekanan fizikal bertambah.

6. Berfikiran positif dan kawal ketakutan anda. Elakkan diri daripada perkara atau fikiran negatif. Fokus dan katakan sesuatu yang positif mengenai diri setiap hari. Jangan buang masa dan  bimbang mengenai sesuatu perkara yang tidak dapat ditukar atau dicapai.

7. Jangan malu pandangan orang lain. Minta pertolongan, nasihat dan pandangan tidak bermakna anda lemah sebaliknya membantu anda mengatasi tekanan.

8. Berani berkata ‘tidak’ dan jangan sekali-kali rasa bersalah mengatakannya. Melakukan dan menambah kerja lain ketika sibuk menyebabkan anda tertekan.

 

Foto utama: Sekadar hiasan

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
6 Tip Hias Rumah Buj
Tampil Menggoda Deng

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja