Tuesday, Aug 21, 2018
HomeFesyen7 Tip Ini Bantu Anda Daripada Jadi Mangsa Fesyen

7 Tip Ini Bantu Anda Daripada Jadi Mangsa Fesyen

7 Tip Ini Bantu Anda Daripada Jadi Mangsa Fesyen

Fesyen adalah mengenai penampilan yang kelihatan selesa dan cantik dipakai. Mahu kelihatan cantik atau berada diri anda cantik bermula dengan gaya hidup.

Advertisements

Diawali dengan rutin dan cara anda memastikan tubuh kekal sihat.Apabila anda sihat juga berkeyakinan, pakailah apa sahaja pakaian anda pasti kelihatan cantik dan selesa

Foto: thecut.com

7 Tip Bagaimana Menyuntik Keyakinan Pada Penampilan Anda

  1. Bersenam

Ini memastikan tubuh anda kekal optimum dan sihat. Bonusnya, apabila anda pakai apa saja pakaian kesukaan, anda berasa lebih yakin. Dengan menjaga kesihatan tubuh melalui senaman dan aktiviti kecergasan mampu memberi keyakinan kepada diri.

  1. Fahami Keperluan Tubuh

Tidak semestinya fesyen yang trending dan ‘in’ itu semuanya sesuai untuk anda gayakan. Misalnya, wanita bertubuh rendah tidak sesuai memakai kebaya labuh walaupun badannya kurus.

Fesyen mencerminkan keyakinan diri anda, jadi sangat penting bagi anda untuk memahami keperluan tubuh sendiri, apa yang sesuai dan sebaliknya.

Kenal pasti kesesuaian sesuatu fesyen itu untuk membantu menyerlahkan penampilan anda. Dan tidak semestinya fesyen off season itu tidak sesuai digayakan. Semua terpulang kepada kebijaksanaan anda.

  1. Usah Terlalu Mencuba

Seiring usia, anda akan semakin bijak dan matang memahami sense of taste. Jika bijak mengolah gaya berfesyen pengetahuan anda mengenai fesyen semakin berkembang.

Fesyen juga bersifat subjektif. Jika anda melihat sesuatu penampilan itu fashionable tetapi mungkin berbeza dengan orang lain. Mungkin bagi mereka biasa sahaja atau over the top. Jadi, penting bagi anda untuk tahu apakah stail yang sesuai. Jadi diri sendiri dan usah terlalu mencuba.

Pakailah mengikut keselesaan gaya anda. Usah cuba menjadi orang lain semata-mata mahu mencuba. Kenali tubuh anda, fahmi dan bijak menutup kekurangan tubuh supaya penampilan anda bukan sahaja cantik, tetapi mampu memberi keyakinan kepada diri.

 

Foto: maxmag.gr
  1. Berjenama Atau Mahal

Tidak semestinya pakaian berjenama atau mahal kerana semua itu tidak bermakna andai anda tiada cita rasa tersendiri. Jangan boros berbelanja demi memenuhi keinginan berfesyen. Memadai pilihan anda itu praktikal dan ikut kemampuan.

  1. Inspirasi

Cara paling mudah adalah dengan menggunakan jaringan media social untuk mengetahui apa yang terkini. Anda boleh lihat pelbagai paparan gambar yang akan memberi inspirasi.

  1. Keperluan Atau Kehendak

Fesyen satu kehendak, manakala pakaian adalah keperluan. Jadi, yang harus diutamakan pastinya pakaian, bukan jenama pada pakaian itu. Jika anda ada kemampuan lebih, tiada salahnya sesekali memberi penghargaan kepada diri hasil usaha dan kerja keras anda.

  1. Cermin Diri

Personaliti, tingkah laku dan keyakinan diri mencerminkan penampilan sebenar anda. Dengan kata lain, terjemahan kepada identiti anda.

* Foto utama: vogue.it

 

 

 

comments

FOLLOW US ON:
Wartawan Meja Luar N
Talak 1 Hadiah Ulang

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja