Tuesday, Dec 11, 2018
HomeSeni Deko7 Tip Beli Perabot Sesuai Bajet

7 Tip Beli Perabot Sesuai Bajet

deco

“Bang, saya suka sangat sofa ni. Kalau dipadankan dengan kabinet warna sedondon. Wah! Berseri-serilah rumah kita raya nanti, Bang. Kalau ada bajet lebih, boleh tukar set meja makan sekali. Dah tiga tahun pun asyik guna meja sama, bosan. Kita beli baru, ya Bang,”  pujuk Kay, sambil tersenyum manja ke arah suaminya, Hazim.

Advertisements

Hajat di hati, mahu suasana rumah serba serbi berubah. Dari ruang tamu, bilik tidur hingga ke dapur ditatahias dengan perabot baharu. Tapi, cukup ke bajet?

Ya, tahun baru muncul lagi. Hajat di hati mahu suasana rumah serba serbi berubah. Ya, memang tiada salahnya jika ada bajet lebih, tetapi janganlah sampai membazir.

  1. Mungkin anda hanya perlu menukar satu atau dua jenis barang utama sahaja, Misalnya, sofa, kabinet atau katil baru untuk menyuntik suasana segar di ruang kediaman.
  2. Paling penting, sebelum membeli sebarang perabot baru, pastikan anda menetapkan anggaran kos selain memastikan pilihan sesuai konsep serta keluasan kediaman.
  3. Perabot, perkakasan dan kemasan mahal, tidak semestinya memberi kepuasan tatarias yang anda harapkan. Keserasian menjadi kunci utama tata hias rumah anda.
  4. Sama ada perabot itu mahal atau murah. Besar atau kecil, anda harus pastikan barang itu memang sesuai berada di dalam rumah anda.
  5. Ingat, beli sesuatu hanya setelah anda pasti memang sesuai dengan keperluan dan tatahias rumah anda. Jika anda tidak mahir dalam bidang hiasan dalaman, dapatkan nasihat daripada orang yang mahir.
  6. Tidak perlu tergesa-gesa, kawal keterujaan anda untuk mengelak berlaku pembaziran ketika membeli barang baharu.
  7. Tentu menarik jika perabot lama yang masih berkeadaan baik itu buat pembaharuan. Misalnya dicat baru atau diganti bahagian tertentu. Banyak contoh DIY di Internet yang boleh anda cuba sendiri.

 

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
7 Rahsia Cinta Suami
Mahu Pikat Hati Pasa

nishaeimann@gmail.com

Selain gemar memerhati, selalu teruja merakam keindahan semula jadi. Suka melancong terutama ketika musim sejuk. Gemar muzik keras, teater dan novel indie serta puisi jalanan.

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja