Thursday, Feb 22, 2018
HomeKeluarga7 Ketakutan Lelaki Mengenai Hubungan Kelamin (Bahagian 1)

7 Ketakutan Lelaki Mengenai Hubungan Kelamin (Bahagian 1)

MALEK merenung dirinya di depan cermin, perutnya yang ‘membengkak’ itu diusap perlahan-lahan. Wajahnya sayu. Dia mengeluh, lemah dan berat. Dia melihat ke arah isterinya yang tidur nyenyak tidur, mungkin sedang dibuai mimpi. Sekali lagi dia mengeluh, “Malam Jumaat yang membosankan.” Runggut Malek di dalam hati.

Ya, tidak dinafikan hubungan intim pasangan suami isteri tidak selalunya indah dan berjalan mengikut kehendak kita. Dari segi kelangsungan hubungan kelamin, lelaki juga mempunyai ketakutan tersendiri.

Advertisements

Berikut ini beberapa kebimbangan lelaki mengenai hubungan kelamin yang membuat mereka sering tidak tidur lena,  antaranya:

1. Ejakulasi awal
Beberapa kajian mendapati, lebih 60 peratus lelaki menghadapi masalah ejakulasi awal khususnya di bawah usia 40 tahun. Ejakulasi awal boleh terjadi kerana dua faktor, kebiasaan melakukan onani dan serotonin dalam tubuh menurun kerana faktor usia.

2. Bernafsu, tidak tenaga
Masalah hubungan intim yang dominan dalam dunia lelaki adalah bernafsu besar, tetapi kurang tenaga. Walaupun ghairah meluap-luap, malangnya alat kelamin masih ‘tidur’. Ini mungkin disebabkan baru makan (selepas makan, bekalan darah di bahagian alat kelamin berkurangan kerana perlu  mencerna makanan).

Keadaan ini menyebabkan alat kelamin sukar memberi tindak balas. Jadi, jika mahu bersama, lakukan sekurang-kurangnya dua jam selepas makan. Selain itu,  tekanan darah tinggi, diabetes dan pembedahan membabitkan pinggul juga boleh menjadi punca masalah ini

3. Alat kelamin mengecil?
Ada segelintir lelaki mengeluh kerana alat kelaminnya mengecil. Benarkah hal itu boleh terjadi? Perut membesar (buncit), menyebabkan alat kelamin kelihatan kecil.

Sebaiknya, jangan biarkan perut anda buncit. Kegemukan juga boleh menyebabkan pengeluaran hormon testosteron menurun hingga membuat ghairah  n nnhbmenurun atau tindak balas tidak tahan lama. (Ketakutan lelaki mengenai hubungan kelamin- bahagian 2)  

comments

"Saya tak setuju wan
Pelajar tahfiz mati

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja