Friday, Feb 23, 2018
HomeKeluarga7 Cara Kawal Anak Nakal

7 Cara Kawal Anak Nakal

“ADAM, janganlah sepahkan mainan tu. Hey…Adam, jangan usik pasu Mama nanti pecah! Adam, jangan panjat gril tu nanti jatuh! Adam! Adam! Adam!”

Ya, kadang kala anda berada dalam keadaan sukar apabila melihat anak berkelakuan nakal dan tidak mendengar kata. Nakal ada pelbagai sebab, sama ada kerana pengaruh rakan sebaya, rakan di sekolah atau memang dia tergolong anak yang hiperaktif.

Advertisements

Panduan berikut ini mungkin dapat membantu anda menghadapi sekali gus mengawal anak yang nakal.

1. Jika anda mendengar atau mengetahui dengan apa-apa yang anak lakukan, bertenang dan jangan terus marah atau memukulnya. Beri penjelasan kepada anak bahawa perbuatannya itu salah dan bahaya.

2. Meskipun kesalahan itu membabitkan anak anda, sebaiknya jangan bersikap terlalu melindungi. Anda harus tegas dan adil demi kebaikannya pada masa depan.

3. Jika benar anak melakukan kesalahan, jangan ragu-ragu untuk menyuruh dia meminta maaf dan jangan waswas untuk menghukumnya (memberi hukuman sebagai pengajaran, bukan melepaskan kemarahan anda).

4. Berkomunikasilah dengan anak dengan penuh kasih sayang. Beri waktu kepada anak untuk berjalan berdua dengan anda, ajak anak berkongsi cerita dan meluahkan apa-apa sahaja masalah yang dihadapi mahupun keinginannya. Beri penjelasan dan pemahaman kepada anak mengenai perbuatannya.

5. Jangan ragu-ragu untuk bekerjasama dengan pihak sekolah, seperti guru besar, guru disiplin, guru kelas atau temannya. Melalui kerjasama ini, lebih mudah untuk anda memantau keadaan anak ketika berada di sekolah.

6. Pastikan anak sentiasa mempunyai kegiatan yang bermanfaat seperti berolahraga, melukis, menulis atau membaca.  Anda juga boleh meminta pendapat anak, apa yang ingin dilakukan.

7. Jika anak tetap nakal dan melakukan perbuatan yang salah berulang kali, jangan ragu-ragu untuk mendapatkan kerjasama daripada pihak ketiga, seperti ahli psikologi atau guru kaunseling supaya dapat membantu memberi bimbingan kepada anak anda.

 

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
Tempias populariti,
Juri MasterChef Aust

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja