Tuesday, Dec 11, 2018
HomeGaya hidup6 Tip Hias Rumah Bujang

6 Tip Hias Rumah Bujang

Kebiasaannya, dekorasi rumah bujang ala kadar sahaja. Hamparan tikar getah atau sekeping karpet nipis di tengah ruang, di dalam bilik memadai sekadar tilam tanpa katil dengan dinding rumah dibiarkan polos. Manakala di ruang dapur pula, cukup sekadar ada peralatan asas, Ya, inilah pemandangan biasa rumah orang bujang yang tinggal menyewa bersama rakan.

Advertisements

Mahu ubah pemandangan biasa ini, boleh cuba beberapa panduan berikut ini;

  •  Ya, orang bujang tidak memerlukan perabot yang besar dan banyak, malah dari segi rekaannya juga lebih ringkas tetapi moden. Jadi, beri penekanan pada kuantiti kegunaan ketika menata hias rumah bujang. Misalnya, memadai dengan sofa dua atau tiga tempat duduk di ruang tamu.
  • Bagi rumah bujang, sebaiknya ada satu almari untuk menyimpan barang. Mungkin daripada jenis almari sudut ataupun shelve. Jadi, dengan adanya tempat penyimpanan, barang lebih lebih tersusun dan kemas.
  • Warna amat subjektif dalam pemilihan untuk dekorasi kediaman, namun anda masih boleh mengaplikasikan warna kegemaran pada ruang tertentu di dalam rumah. Cuma, janganlah terlalu banyak gabungan warna kerana keluasan rumah bujang biasanya terhad. Warna selamat antaranya putih, kuning telur dan warna asas bumi.
  • Selalunya, langsir rumah bujang lebih sesuai dengan pilihan polos. Bagi kegunaan ruang yang sempit,  pilih langsir lebih terang sementara untuk ruang yang agak besar boleh gunakan langsir sedikit gelap.
  • Biasanya ruang dapur jarang diberi perhatian, jadi memadai pilhan kabinet dapur kecil dan ringkas terutamanya daripada jenis compartment. Kabinet jenis ini sesuai kerana boleh dibuka jika berpindah kelak.
  • Jangan lupa beri perhatian pada bilik air, pastikan sentiasa bersih dan tidak berlendir dengan sisa sabun mati.

 

Foto utama: Gambar hiasan

comments

FOLLOW US ON:
Gara-gara Tak Puas B
8 Cara Elak Tekanan

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja