Thursday, Feb 22, 2018
HomeKeluarga6 Rahsia Mencapai Kemuncak Ghairah Berkualiti

6 Rahsia Mencapai Kemuncak Ghairah Berkualiti

Hubungan kelamin yang berkualiti membantu mengeratkan hubungan suami isteri, sekali gus mengukuhkan ikatan perkahwinan.

Advertisements

Bagaimanapun, banyak halangan untuk menikmati dan mencapai kepuasan maksimum ketika bersama. Misalnya, krisis rumah tangga, tekanan kerja, letih, bosan dan lain-lain masalah.

Panduan berikut ini mungkin boleh membantu anda dan pasangan menikmati hubungan kelamin yang berkualiti.

1. Gaya hidup sihat Anda dan pasangan perlu mengamalkan gaya hidup sihat, termasuk menjaga pengambilan makanan. Sihat secara fizikal dan mental membuat anda lebih bersemangat menjalani kehidupan. Selain berusaha menjaga kemesraan dalam hubungan kelamin.

2. Yakin Jangan membandingkan diri anda dengan wanita atau lelaki lain. Tingkatkan keyakinan diri dan sentiasa selesa menjadi diri sendiri.  

3. Pikat pasangan Berani tampil seksi sewaktu bersama pasangan. Misalnya, dari segi percakapan, layanan dan penampilan. Pastikan hubungan intim tidak membosankan dan jangan malu mencuba posisi baruketika bersama pasangan tanpa rasa malu atau rendah diri.

4. Goda Banyak cara membangkitkan ghairah. Misalnya, menggunakan wangian yang mampu ‘menggoda’ pasangan.Tiada salahnya ‘perigi tidak boleh mencari timba’. Anda boleh memulakan langkah pertama, misalnya dengan menggoda pasangan. Bangkitkan ghairah pasangan, tanpa perlu menunggu ‘isyarat’ daripadanya.

Jangan sekali-kali menipu dengan berpura-pura menikmati hubungan kelamin demi menjaga hati pasangan. Padahal, anda tidak mencapai kepuasaan yang diingini. Berterus-terang dengan pasangan. Berbincang dan cari jalan penyelesaian supaya dapat dinikmati kepuasan bersama.

5. Berterus-terang Jangan malu untuk memberitahu pasangan mengenai perkara yang anda suka dan mahu dipenuhi ketika bersama.

Pasangan tidak dapat membaca fikiran atau meneka keinginan anda. Anda perlu bersikap terbuka dan memberi kerjasama kepada pasangan supaya dapat menikmati hubungan kelamin yang menyenangkan.

6. Berani Tidak perlu memadamkan lampu ketika bersama pasangan? Anda harus yakin dan berani meninggalkan kebiasaan ini. Nikmati hubungan intim itu sepenuhnya, jangan bersembunyi disebalik bayang-bayang.  

comments

FOLLOW US ON:
Tiz Zaqyah sokong ke
Makanan berkhasiat,

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja