Thursday, Sep 20, 2018
HomeGaya hidup6 Cara Mudah Dan Murah Untuk Kempiskan Perut

6 Cara Mudah Dan Murah Untuk Kempiskan Perut

Memiliki pinggang ramping dan perut rata (kempis) pastinya menjadi idaman setiap wanita. Sayangnya, bagi segelintir wanita sukar untuk merealisasikannya. Baiklah,  jika semua cara tekagh anda lakukan namun perut masih buncit dan mengganggu penampilan.

Advertisements

Mungkin anda boleh cuba aktiviti bermain gelung rotan atau dikenali sebagai ‘Hula Hoop‘ untuk mengempiskan perut dan merampingkan pinggang.

Walaupun cara ini seperti bermain, tetapi jika dilakukan secara teratur, hasilnya perut, pinggang, pinggul dan bentuk tubuh anda kelihatan lebih menarik. Permainan ini juga boleh meningkatkan kelenturan dan stamina tubuh.

Jom, kita sama-sama boleh cuba enam teknik mudah ini. Bukan saja menjimatkan duit, badan sihat dan menarik pastinya menambah keyakinan diri anda.

1. Pilih gelung rotan sesuai dengan tubuh snda. Sama ada berdiameter 100 cm atau 120 cm. Pilihlah yang paling ringan dan untuk pemula, jangan menggunakan gelung rotan besar

2.  Ingat, jangan lakukan permainan ini selepas makan. Tunggu satu jam selepas makan.

3.  Gunakan pakaian senaman yang menyerap peluh. Sebaiknya, gunakan kasut sukan agar kaki dapat menampung tubuh dengan baik.

4. Baiklah, mari kita mulakan. Berdiri tegak dengan kaki terbuka, lutut dibengkukkan sedikit dan telapak kaki dalam keadaan rata menyentuh lantai. Gunakan kedua-dua belah tangan untuk meletakkan gelung rotan pada pinggang dengan salah satu sisi gelung rotan berada di punggung.

5. Tegangkan otot perut, pusing gelung rotan berlawanan arah jam. Kemudian, lepaskan tangan daripada gelung rotan dan gerakkan pinggul membentuk bulatan kecil yang berirama hingga gelung berpusing di pinggang anda.

6.  Ketika gelung rotan berpusing di pinggang, letakkan kedua belah tangan di atas kepala. Atur pernafasan dengan baik, tarik dan hembuskan secara teratur.

 

comments

FOLLOW US ON:
11 Tip Bagaimana Mer
Bekas Anak Didik Ded

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja