Monday, Oct 15, 2018
HomeTip Sihat5 Tip Ini Bantu Tubuh Sihat Dan Hidup Anda Lebih Ceria

5 Tip Ini Bantu Tubuh Sihat Dan Hidup Anda Lebih Ceria

Menjaga kesihatan diri harus bermula sejak kecil. Amalan gaya hidup sihat perlu diberi perhatian. Sebaiknya, pencegahan penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, penyakit jantung, kanser dan lain-lain perlu dimulai dari awal. Tahukah anda, makanan yang dimasak di rumah boleh membantu mengawal kualiti makanan yang dihidangkan untuk keluarga.

Advertisements

Langkah awal, anda boleh menggunakan perisa tambahan lebih sihat untuk menggantikan bahan yang mengandungi lemak, gula atau garam. Ini termasuk menggunakan, rempah dan herba semula jadi seperti halba,kulit kayu manis, ketumbar, jintan, daun selasih, pasli, pudina, sup, daun ketumbar dan serai.

Anda juga boleh menggunakan susu rendah lemak (menggantikan santan), buah-buahan segar sebagai pemanis semula jadi. Dengan cara ini, keluarga anda boleh menikmati makanan lazat, lebih berkhasiat dan sihat.

Panduan berikut ini mungkin dapat membantu anda menjaga kesihatan keluarga;

1.    Amal pemakanan sihat

  • Seimbangkan pemilihan makanan dalam menu harian. Sajikan makanan berkhasiat kepada keluarga mengikut keperluan piramid makanan dan makan mengikut jadual.
  • Jika anda memulakan hari dengan sarapan seimbang, anda lebih fokus, dapat meningkatkan tahap tumpuan, kepintaran dan daya ingatan. Jadi, jangan sekali-kali mengabaikan sarapan dan  elakkan makan terlalu kenyang kerana boleh menyebabkan kembung, mengantuk dan tidak produktif.
  • Boleh makan malam, tetapi tidak secara berlebihan.

2.    Pilih makanan berkhasiat

  • Apabila memasak, selain menyediakan sajian yang enak dan memenuhi keinginan keluarga. Khasiat di dalam makanan juga harus diberi perhatian. Sajikan makanan dengan cara sihat seperti mengukus, membakar atau mereneh berbanding menggoreng.
  • Makanan rendah lemak, gula dan garam.
  • Ada buah-buahan dan sayuran dalam sajian harian.
  • Elakkan mengambil terlalu banyak kuah, kerana kebiasaannya tinggi kandungan lemak dan garam.
  • Pilih makanan tinggi kandungan serat.
  • Minum banyak air kosong dan elakkan minuman manis serta bergas.

3.    Aktif
Bersenam salah satu daripada amalan gaya hidup sihat. Lakukan aktiviti riadah bersama keluarga sama ada di rumah, taman permainan atau di gimnasium.

4.    Pantau kesihatan
Rancang jadual pemeriksaan kesihatan keluarga secara berkala iaitu bulanan, suku tahun atau tahunan. Ini penting kerana setiap individu perlu mengemas kini kedudukan tahap kesihatannya. Anda juga boleh melakukan pemantauan kesihatan di rumah seperti mengukur ketinggian dan berat badan supaya sentiasa berada dalam keadaan normal.

5. Jauhi tekanan

Stress boleh menimbulkan banyak masalah kesihatan termasuk kanser dan gangguan kejiwaan. Jadi, seboleh mungkin jauhi diri dan fikiran anda daripada sebarang keadaan yang menyebabkan tekanan berlebihan. Dapatkan nasihatan dan pandangan pakar kesihatan supaya masalah anda dapat dibantu pada peringkat lebih awal. Paling penting, jangan pendam masalah sendiri. Cara ini tidak baik untuk kesihatan diri anda.

comments

FOLLOW US ON:
Ragam Pembantu Rumah
Kemurungan: 24 Cara

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja