Tuesday, Nov 20, 2018
HomeGaya hidup5 Sebab Lain Kenapa Anda Tetap Gemuk Walaupun Diet Dan Bersenam

5 Sebab Lain Kenapa Anda Tetap Gemuk Walaupun Diet Dan Bersenam

“Diet sudah, bersenam pun sudah, tetapi kenapa aku tetap gemuk? Entah-entah, keturunan aku memang jenis gemuk! Diet macam mana pun takkan kurus!”

Stress, bukan? Nanti dulu, jangan serabutkan fikiran anda dengan berfikir yang bukan-bukan hingga akhirnya putus asa. Lalu, makan ikut suka, sebab anda rasa diet pun tetap gemuk. Ha… Jangan sampai terfikir ke arah itu, ya. Sayang, rugi semua usaha anda.

Advertisements

Tak usah susah hati jika anda masih tetap gemuk, padahal sudah menjaga pemakanan dan berolahraga. Jangan cepat salahkan faktor genetik, kerana mungkin ada sebab lain yang menyebabkan anda gemuk.

Foto: absfly.com

Jika anda cuba atasi lima hal berikut ini, mungkin dapat membantu mencapai bentuk tubuh yang anda ingini.

1. Aktiviti kecergasan tidak  mencukupi

Rutin berjogging atau aktiviti mengeluarkan di gym bukan bermaksud anda telah melakukan olahraga yang tepat.

Ramai tidak menyedari kekuatan tubuh mereka sendiri hingga keperluan olahraga dilakukan tidak sebanding dengan kalori yang masuk atau tidak mencukupi untuk keperluan tubuh ideal anda.

Biasanya, mereka yang berjaya mendapat bentuk tubuh idea tidak hanya menghadkan satu latihan jenis senaman sahaja. Bagi mencapai matlamat anda, sebaik dapatkanlah nasihat daripada jurulatih kecergasan dan berkomitmen untuk melakukannya.

2. Penolakan makanan

Tidak semua makanan sesuai untuk tubuh, termasuk makanan anda kita anggap sihat, seperti kacang soya, bijirin, telur, atau kekacang.

Ada keadaan tertentu yang menyebabkan anda mengalami ‘penolakan makanan’. Berbeza dengan alahan makanan, keadaan ini menyebabkan peradangan pada tubuh sehingga metabolisme tidak stabil.

Semakin sering mengambil makanan sama, sistem tubuh makin menolak. Bagi mengatasi masalah ini, sebaiknya anda dapatkan nasihat pakar pemakanan.

 

Foto: medicalnewstoday

3. Kurang minum air

Anda jaga pemakan, makan makanan sihat dan berkhasiat tetapi kurang minum air putih. Keadaan ini tidak membantu proses pemulihan sistem tubuh. Jadi, pastikan anda minum air sesuai keperluan tubuh anda. Tolong elakkan minuman manis dan bergas, ya.

4. Terdedah pencemaran

Persekitaran hidup dipenuhi pencemaran racun, seperti asap kendaraan, asap rokok, ubat, bahkan mercury pada ikan akan disimpan dalam lemak. Tubuh yang dicipta tetap bertahan hidup akan menolak lemak ini sebagai bahan bakar.

Ya, betul.  Zat-zat toksin ini tidak mendatangkan penyakit, tetapi boleh memberi kesan pada sistem tubuh apabila berlaku kesukaran proses menyahkan lemak daripada tubuh anda.

Salah satu untuk mengatasi keadaan ini adalah dengan membersihkan tubuh melalui proses detok. Pun begitu, anda perlu mendapatkan pandangan dan nasihat daripada supaya proses ini dilakukan dengan cara betul dan melindungi diri anda dari pencemaran seperti memakai penutup hidung jika naik moto atau ketika berjalan kaki di kawasan tumpuan ramai.

5. Gangguan emosi

Keadaan emosi yang tidak stabil seperti tekanan perasaan sama ada membabitkan urusan kerja, hubungan dengan pasangan, keluarga atau rakan kerja boleh memberi kesan kepada sistem tubuh.  Gangguan (tekanan)  inilah yang menganggu sistem tubuh hingga menyimpan lemak terutama di perut.

Adakah mereka berada di sekeliling anda? Jika tidak mahu gemuk, elakkan daripada orang-orang yang bersifat toksin pada kesihatan emosional kita.

Foto utama:Reader’s Digest

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
Kecanggihan Iphone X
Ini Dia 10 Selebriti

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja