Tuesday, Aug 11, 2020
HomeKeluarga5 Rahsia Menjadi Ibu Bapa Hebat

5 Rahsia Menjadi Ibu Bapa Hebat

Setiap ibu bapa pasti ingin melihat anak membesar dengan sempurna, cerdas dan berjaya. Bagi merealisasikan  semua harapan itu, sudah tentu anda harus melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan supaya dapat memberikan sokongan sebaik mungkin kepada anak untuk masa depannya.

Advertisements

Asuhan yang betul sangat penting dalam kehidupan anda. Cara mendidik perlulah bersifat menyokong perkembangan anak, dilakukan secara positif dan menghindari kekerasan serta hukuman, selain diterapkan melalui kegiatan menyenangkan.

Ada lima prinsip mendidik anak yang bermanfaat untuk masa depannya, sekali gus membantu anda menjadi ibu bapa hebat.

  1. Persekitaran selesa dan mendukung membantu anak mengeksplorasi dunianya dengan lebih baik. Anda juga  dapat mengawasi anak tanpa perlu waswas, sekali gus lebih yakin untuk memberikan peluang serta kepercayaan kepada anak mencuba perkara baharu.
  2. Binalah hubungan yang sihat dan intim dengan anak. Peruntukkan masa untuk melakukan kegiatan bersama anak dan berkomunikasi dengannya. Ini penting agar anak selalu berasa dihargai dan disayangi.
  3. Kata pepatah Melayu, bapa borek anak rintik. Jadi, anda harus memberikan contoh dan teladan yang baik kepada anak. Selain sentiasa memberi penjelasan kepada anak mengenai perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan.
  4. Penting bagi ibu bapa mengetahui kelebihan dan kekurangan setiap anaknya. Selain memberi pujian yang sesuai apabila anak berjaya melakukan sesuatu dan sokongan ketika dia mengalami kegagalan atau waswas.
  5. Mengatasi tekanan adalah langkah awal untuk membina komunikasi positif dengan anak. Cuba belajar mengawal diri dalam mengatasi emosi negatif, mencari penyelesaian ketika menghadapi masalah, membina komunikasi terbuka dengan pasangan atau individu yang terbabit dalam pengasuhan anak. Selain mengenali  kelebihan dan kekurangan diri serta kembangkan sikap mahu belajar dan berubah menjadi lebih baik.

comments

FOLLOW US ON:
Sambal Durian Segar
Lemak Manis Creme Br

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja