Tuesday, Dec 11, 2018
HomeSelebriti5 Rahsia Kajol Kekal Awet Muda Dan Menawan

5 Rahsia Kajol Kekal Awet Muda Dan Menawan

Tiada siapa mampu menafikan, ratu Bollywood tersohor, Kajol memiliki pesonanya sendiri. Dari awal kemunculannya hingga kini, dia masih mampu mencuri perhatian ramai, termasuk penampilan dirinya.

Advertisements

Pastinya ramai kagum melihat aktres rupawan ini yang bagaikan tidak dimamah usia. Apa tidaknya, pada masa yang kebanyakan wanita sezamannya sama ada berkahwin dan menjadi suri rumah tangga, mengubah jejak atau menghilang entah ke mana-mana, Kajol tetap kekal cantik dan tidak kekok tampil sebagai bintang utama di layar lebar bersama gandingan serasinya sejak dua dekad lalu, Shah Rukh Khan.

Anda tentu ingin tahu apakah rahsia diva romantik ini semakin cantik dan muda pada usia 44 tahun, bukan. Menurut laporan Emirates247.com dan Timesofindia.indiatimes.com, Kajol sangat menitik beratkan waktu tidurnya. Tidur mesti mencukupi, lapan hingga 10 jam.

“Saya pastikan anak-anak tidur pada pukul 9.30 malam dan saya tidur sama. Saya ni bukan orang yang suka berjaga hingga lewat malam. Saya juga tidak menghadiri majlis atau pertemuan hingga lewat malam. Biasanya, kalau ada kerja malam, habis kerja saya terus pulang.” Kata Kajol, mendedahkan rahsia penjagaan diri dan kecantikan amalannya hingga kini.

Selain itu, ada empat lagi rahsia awet muda dan menawan yang menjadi rutin isteri kepada pelakon Ajay Devgan ini. Antaranya;

1. Senaman ketat selepas bersalin

Bintang Kabhi Khushi Kabhie Gham dan Diwale ini bertjaya menurunkan berat badan sebanyak 18 kilogram selepas melahirkan anak kedua. Ini hasil disiplin dirinya melakukan senaman dan mengikuti diet sihat untuk mendapatkan bentuk tubuh mempesonakan.

2. Minum 10 gelas air sehari

“Saya minum antara sembilan hingga sepuluh gelas air sehari. Selain menjaga pemakanan, saya tak sentuh makanan segera atau kudapan yang tidak sihat. Saya lebih utamakan ikan, telur, kekacang, ayam dan susu dalam diet sehariannya.”

Foto: India.com

3. Makanan segera? Oh, tidak!

Kajol juga menitik beratkan dan menjaga pola pemakanannya. Kajol juga tidak menyentuh makanan segera atau kudapan tidak menyihatkan. Selain tidak berkhasiat, bagi Kajol makanan begitu tidak memberi manfaat kepada kesihatan dan tubuhnya.

“Mahu kekal sihat, jaga pemakanan. Amalkan pengambilan makanan yang sihat dan segar, selain baik untuk tubuh, dapat membekalkan tenaga yang berpanjangan.”

4. Elak terdedah sinar matahari

Menafikan dia ada melakukan pembedahan atau pemutihan kulit, menurut Kajol, tona kulitnya menjadi sekata semakin cerah berbanding dahulu kerana dia mengelak dari terkena sinaran matahari.

“Ya, 10 tahun saya selalu bekerja berlakon di bawah terik mentari dan membuatkan kulit menjadi gelap. Kini, saya tak lagi bekerja begitu kerana lebih banyak berada di rumah. Jadi kulit saya semakin cerah, bukan sebab pembedahan.”

Bunyinya macam mudah, bukan. Tetapi, jika tidak diamalkan dengan baik yang senang tetap jadi susah. Ingin kekal muda dan menawan seperti Kajol, usah banyak beralasan. Jom, kita cuba ikut cara Kajol jaga penampilan juga kesihatan diri.

Foto utama: cinemagia.ro

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
Kempen Didik Penjaga
Saksikan Who Runs Th

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja