Tuesday, Oct 23, 2018
HomeKeluarga5 Rahsia Didik Anak Bersikap Sopan, Hormat Keluarga Dan Penyayang

5 Rahsia Didik Anak Bersikap Sopan, Hormat Keluarga Dan Penyayang

Foto: kid101.com

“Saya cemburu tengok keluarga Haji Sulaiman dan Hajah Zanariah. Anak mereka semuanya berjaya, sopan, menghormati keluarga dan ikatan kasih sayang cukup kuat. Saya pun nak anak seperti mereka, tetapi saya tak tahu macam mana mahu mulakan,” kata Halilah, 29, ibu kepada tiga orang cahaya mata.

Advertisements

Ya, setiap ibu bapa pasti mahu anak mereka membesar dengan sempurna dan cerdas. Bagi merealisasikan harapan itu, anda harus melengkapkan diri agar dapat memberikan sokongan dan bantuan positif kepada anak.

Pola asuhan betul sangat penting dalam kehidupan berkeluarga. Cara mendidik anak haruslah bersifat mendukung perkembangan anak (sokongan), dilakukan secara positif dan menghindari kekerasan serta hukuman (konstruktif), selain dilakukan melalui kegiatan bermain (yang menyenangkan).

Foto: understood.org

Semua ini dirangkumkan dalam lima prinsip asuhan dan sangat bermanfaat untuk bekalan masa depan anak anda kelak.

1. Persekitaran selesa dan mendukung

Ciptakanlah persekitaran selesa dan mendukung untuk membantu anak mengeksplorasi dunianya.

Cara ini memberi anda ruang mengawasi anak tanpa perlu waswas, sekali gus lebih yakin untuk memberi peluang dan kepercayaan kepada anak mencuba perkara baru.

2. Perhatian dan dukungan positif 

Sentiasa berusaha membina hubungan yang sihat dan intim dengann anak. Sediakan waktu untuk melakukan kegiatan bersama dan berkomunikasi dengan anak. Ini penting supaya anak selalu berasa dihargai dan disayangi.

3. Tanam nilai positif berterusan

Kata pepatah Melayu, bapa borek anak rintik. Jadi, anda harus memberi contoh dan teladan yang baik kepada anak. Selain memberi penjelasan kepada anak mengenai perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

4. Pemahaman sesuai usia

Penting bagi ibu bapa mengetahui kelebihan dan kekurangan anaknya. Selain memberi pujian sesuai dan tepat apabila anak berjaya melakukan sesuatu juga berikan sokongan ketika dia mengalami kegagalan atau rasa waswas.

5. Komunikasi positif

Mengatasi tekanan adalah langkah awal untuk membina komunikasi positif dengan anak. Cuba belajar mengendalikan diri untuk mengatasi emosi negatif, mencari penyelesaian.

Ini termasuk ketika menghadapi masalah, membina komunikasi terbuka dengan pasangan atau individu yang terbabit dalam pengasuhan anak. Sekali gus kenali kelebihan dan kekurangan diri serta mengembangkan sikap mahu belajar dan berubah lebih baik.

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
Mahu Pikat Hati Pasa
Benarkah Suri Rumah

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja