Monday, Oct 15, 2018
HomeKeluarga5 Petua Kawal Emosi Suami Panas Baran

5 Petua Kawal Emosi Suami Panas Baran

“SUAMI saya panas baran dan suka marah-marah. Susah nak diajak berbincang, walaupun saya bercakap secara baik, dia tetap melenting. Sikapnya seolah-olah mencabar kesabaran saya.”

Ya, tidak seperti wanita dikurniai sikap sabar dan kelembutan yang boleh menyejukkan hati. Ada segelinitir lelaki cenderung bersikap tidak sabar, cepat marah dan bertindak mengikut emosi.

Advertisements

Apabila berdepan dengan konflik rumah tangga, dia ‘mudah dan cepat’ panas. Apatah lagi jika diprovokasi pasangan secara sengaja. Jawabnya, bagaikan mencurah minyak ke api. Dia seperti orang yang hilang arah dan bertindak secara membuta tuli.

Cuba amalkan lima tip ini. InsyaAllah, dapat bantu mengawal keadaan dan emosi suami

1.Sebagai isteri, kita perlu bijak menangani sifat baran suami apabila berdepan konflik. Jika pasangan melakukan sesuatu yang kurang disenangi, perlulah bijak memilih perkataan untuk meluahkan perasaan. Hadapi situasi itu dengan tenang.

Ingat, jangan sekali-kali turut terbawa-bawa emosi pasangan. Paling penting, jangan asak dan menekan perkara sama berulan g kali hingga dia berasa jengkel, tertekan dan akhirnya bertindak di luar kawalan.

2. Apabila suami naik angin, (jika keadaan tidak membahayakan keselamatan anda) dekati dia dan belai dengan lembut ketika emosinya mulai naik.

Tunjukkan bahawa anda memahami keadaannya. Orang yang beremosi jangan dilayan dengan emosi, gunakan pendekatan memujuk dan jangan meninggikan suara.

3. Jangan sindir dia, sebaliknya gunakan perkataan yang jelas dan terus sampai kepada maksudnya. Pasangan tidak faham jika anda berkias-kias dan jangan sekali-kali ungkit masalah lampau. Fokus pada konflik yang sedang berlaku.

Pada masa sama, sentiasa berdoa semoga Allah melembutkan hati pasangan dan rumah tangga sentiasa harmoni. Paling penting, anda perlu bersabar.

4. Ketika suami sedang marah-marah, jangan terpancing dengan emosinya. Jangan meninggalkannya dan mengucapkan, “Ceraikan saya!” Kawal emosi anda dan ‘jauhi’ pasangan seketika untuk meredakan ketegangan.

5. Apabila keadaan kembali tenang,  berbincanglah dengan pasangan mengenai masa depan rumah tangga dan perasaan anda. Beritahu pasangan, sikap barannya membuat anda serta anak tersinggung dan hubungan keluarga menjadi dingin.

* Jika bersikap keterlaluan seperti menggunakan kekerasan fizikal, mengancam keselamatan keluarga atau mencederakan dirinya sendiri, segera hubungi pihak berkuasa. Jangn biarkan diri anda dan keluarga menjadi mangsa ketidaktentuan emosinya ketika itu.

comments

FOLLOW US ON:
3 Tip Ini Bantu Elak
Sambal Durian Segar

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja