Sunday, May 26, 2019
HomeFesyen5 Cara Sepatu Lama Nampak Baharu

5 Cara Sepatu Lama Nampak Baharu

Anda suka kumpul sepatu? Bersusun dalam almari kasut, tetapi tak tahu bila masanya mahu disarungkan ke kaki. Asyik beli yang baharu, sepatu lama terbiar tanpa dijaga. Sayangnya…

Advertisements

Ya, memang ramai yang gemar membeli sepatu dan kemudian menyimpannya. Jika sepatu tidak disimpan dengan baik, sayangnya akan berubah menjadi menjadi usang dan nampak kotor. Daripada  memperbaikinya, cara mudah anda pilih cara mudah… Beli baharu.

Hemmm… Janganlah kerana setitik noda membuat sepatu kesayangan anda berakhir di tong sampah. Berikut ini 5 cara yang boleh anda lakukan supaya sepatu lama kelihatan baharu.

1. Bedak bayi atasi sepatu berbau

Sepatu yang berbau kerana berhabuk dan lembap memang buat hati geram. Bagi menghilangkan bau ini semburkan pewangi fabrik ke dalam sepatu untuk menyerap bau busuk. Anda juga boleh menyahkan bau sepatu menggunakan bedak bayi. Bedak ini akan membantu menyamarkan bau dan menyerapnya.

2. Tepung Gandum hilangkan kotaran berminyak

Rasa geram dan marah kerana sepatu kesayangan terkena noda berminyak? Kotoran berminyak memang susah dihilangkan dan membuat warna sepatu pudar. Bagi mengatasinya, anda boleh memanfaatkan tepung gandum.

Foto: kedehang.top

3. Pelembap rambu untuk lindungi sepatu

Mempunyai sepatu kulit memang menjadi keinginan ramai. Namun, tahukah anda jika sepatu kulit memerlukan penjagaan khusus. Oleskan sedikit pelembab rambut untuk membantu melembapkan dan membuat sepatu kulit bersinar, selain memberi lapisan pelindung.

4. Simpan sepatu bersama sabun

Seringkali sepatu yang disimpan terlalu lama dapat menimbulkan bau tidak sedap. Bagi mengatasinya, masukkan sabun buku ke dalam sepatu untuk menyerap bau yang tidak menyenangkan selepas dipakai.

5. Kertas surat khabar untuk kilatkan sepatu

Sapu dan gosok perlahan-lahan gumpalan surat khabar opada sepatu kulit hitam akan memberi kesan berkilat yang memuaskan. Sepatu kulit hitam akan kembali bersih dan nampak baharu.

Semoga informasi ini bermanfaat, selamat mencuba.

Foto utama: Shutterstock

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
Tip Pilih Coli Agar
Rahsia Rumah Kemas D

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja