Wednesday, Aug 12, 2020
HomeKeluarga5 Cara Kekalkan Kebahagiaan Rumah Tangga

5 Cara Kekalkan Kebahagiaan Rumah Tangga

Sikap saling menghormati, bertolak-ansur dan bertimbang rasa antara pasangan suami isteri menjadi ‘kunci’ keharmonian rumah tangga. Paling penting, sebarang kemusykilan dan masalah dalam keluarga haruslah diselesaikan secara muafakat.

Advertisements

Pun begitu, biasalah lumrah kehidupan. Ibarat gigi dengan lidah, sesekali pasti tergigit jua. Jangan panik dan buntu. Anda dan pasangan boleh cuba 5 tip berikut ini sebagai usaha untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.

  1. Berundinglah secara rasional supaya keputusan tidak berat sebelah dan menggugat kasih sayang.
  2. Sentiasa ingat, tiada manusia yang sempurna dan setiap orang pasti melakukan kesilapan. Selain mempunyai pendapat berbeza. Jadi, jangan berharap orang lain dapat melihat sesuatu dari sudut pandang sama.
  3. Jika anda atau pasangan secara sengaja melakukan kesalahan, berkemungkinan anda tidak memberi perhatian antara satu sama lain dan jika dibiarkan berterusan keadaan ini boleh menjejaskan hubungan malah kerukunan rumah tangga.
  4. Bertindak segera, paling penting anda dan pasangan harus sedar perbuatan itu salah. Berbincang dari hati ke hati dengan pasangan dan berusaha memperbaiki keadaan.
  5. Berdamailah dengan ego masing-masing. Tiada masalah dapat diselesaikan jika anda dan pasangan lebih sanggup mempertahankan ego, padahal dalam hati penuh kasih sayang. Rugi!

Foto: just4info.org

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
"Keikhlasan Suria Su
Kenapa kita 'judgmen

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja