Thursday, Nov 21, 2019
HomeKeluarga5 Cara Elak Anak Tantrum

5 Cara Elak Anak Tantrum

Tugas dan tanggungjawab sebagai ibu bapa bukan hal yang mudah, namun bukan bermakna sangat berat dan membebankan. Sebenarnya, inilah waktunya anda belajar, apatah lagi apabila terpaksa menghadapi anak tantrum. Menghadapi anak kecil yang tantrum harus sabar dan tenang, namun akan lebih baik lagi jika dapat mencegahnya dari awal.

Advertisements

Seperti dipetik daripada bacaan New Parent, ini ada beberapa cara mencegah agar tidak berlaku tantrum kepada anak atau paling tidak, dapat dikurangkan.

1. Jaga mood anak

Ini adalah cara paling penting yang harus dilakukan ibu bapa. Ketahui dan fahami perangai anak, aktivitinya, bila dia lapar,  penat dan perlu rehat. Menjaga moodnya agar tetap dalam keadaan baik (terkawal) dapat membantu mencegah berlakunya tantrum.

2. Konsisten

Jaga konsistensi sikap anda kepada anak. Jangan secara sambil-lewa. Misalnya, hari ini dia boleh menonton TV hingga malam, besoknya tidak boleh. Sikap ini akan membuat anak keliru dan tertanya-tanya alasannya. Buat rutin dan peraturan yang jelas agar anak faham dan dapat mengikutinya.

Foto:momjunction.com

3. Siap sedia

Terkadangkala tantrum anak tidak diketahui apa sebab dan puncanya, jadi selalu siapkan diri dan mental anda untuk menghadapi apa sahaja situasi dan keadaan. Belajar mengalihkan perhatian agar dapat lupa masalah dan menenangkan emosinya.

4. Adil

Tantrum pada anak kecil boleh dikendalikan jika dilakukan dengan adil. Jangan memaksa ketika anak tidak suka, misalnya memilih makanan, mainan dan kegiatan yang akan dilakukan. Keep them happy.

Ya, menjadi ibu dan bapa memang memperlukan proses belajar yang panjang dan hal ini tidak lepas daripada kemahiran yang boleh diasah setiap masa agar dapat menjalankan tugas dengan terbaik.

5. Gaya hidup sihat

Jagalah pemakanan anak dengan baik. Berikan makanan yang sihat, segar dan berkhasiat kepadanya. Elakkan makanan ringan, banyak kandungan gula dan bahan berperisa. Selain sediakan masa untuk melakukan riadah bersama keluarga sama ada pada waktu pagi atau petang. Cara ini sekali gus dapat mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.

Semoga bermanfaat dan keluarga anda kekal harmonis.

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
Nak Kurus? Jom, Maka
Tip Pilih Coli Agar

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja