Friday, Jun 5, 2020
HomeKeluarga4 Sebab Mengapa Jodoh Anda Lambat

4 Sebab Mengapa Jodoh Anda Lambat

4 sebab mengapa jodoh anda menjauh

Setiap orang pasti ingin menemui jodoh yang tepat. Sesuai, serasi dan paling penting saling mempunyai perasaan sama. Cinta dan sayang.

Advertisements

“… tetapi, mencari pasangan untuk hidup bersama hingga hujung usia bukan mudah. Bercinta bertahun-tahun, belum tentu dia orangnya!”

Betul! Banyak faktor membuat seseorang itu belum menemui pasangan hidupnya. Jika andamencari penyebab mengapa belum bertemu jodoh, pastinya ada 1000 daftar alasan, bukan?

Bagaimanapun,  memetik laporan daripada Higherperspective.com, mungkin selama ini anda selalu melakukan cara yang salah dalam mencari pasangan hidup.

Ini Sebab Jodoh Anda Lambat

Nah, berikut ini beberapa kesalahan yang biasa dilakukan hingga jodoh anda lambat.

1. Cuba dampingi pasangan orang lain

Hal ini mungkin suatu perasaan yang paling berat pernah dirasai seseorang. Pun, satu tindakan yang baik apabila anda dapat tahu orang yang disukai itu milik seseorang,  segera ‘bunuh’ niat untuk mendekatinya.

2. Tidak percaya diri

Kurang keyakinan diri memang menjadi masalah umum dalam dunia percintaan, tetapi jika anda tidak mencintai diri sendiri, bagaimana orang lain dapat mencintai anda?

Jika anda mampu mencari makna kebahagiaan kepada diri sendiri, bererti anda dapat mencari kebahagiaan bersama pasangan.

3. Berfikiran negatif

Jika Anda bukan orang yang mudah melihat titik terang dalam setiap permasalahan, tidak hairanlah jika anda susah bertemu pasangan hidup.

Tiada seorang pun selesa dan gembira apabila di dampingi orang yang sering berfikiran negatif. Waswas dan sentiasa curiga. Lemas dan rimas!

Anda harus mengubah cara berfikir menjadi lebih positif dan optimis supaya orang selesa bersama anda.

4. Terlalu memilih

Ini juga salah satu masalah umum kepada seseorang yang susah mendapat pasangan hidup. Ya,  memang wajar jika anda mempunyai gambaran jodoh yang ideal dalam hidup.

Sayangnya, apabila ciri-ciri pasangan yang diharapkan tidak dapat dipenuhi, hal ini membuat anda ‘buta’ dalam membuat penilaian kepada orang di sekitar yang berpotensi menjadi jodoh.

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
Klip Video Datuk Ser
NASA Jual Mirror Len

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja