Monday, Feb 26, 2018
HomeKeluarga3 Tip Elak Krisis Dalam Rumah Tangga

3 Tip Elak Krisis Dalam Rumah Tangga

DALAM rumah tangga, sekecil mana sekali pun masalah yang dihadapi tetap berpotensi menjadi besar. Hal remeh yang dilakukan pasangan boleh menimbulkan perselisihan faham malah pertengkaran.

Advertisements

Jangan dibiarkan keadaan ini berlarutan hingga membawa pada masalah emosi dan sakit hati. Justeru, pasangan suami isteri perlu belajar mengurus masalah.

Berikut ini beberapa panduan yang mungkin boleh membantu anda mengelak daripada krisis rumah tangga dengan bijak dan positif.

Berfikiran positif
Apabila timbul masalah, berhenti sebenar supaya lebih tenang dan dapat mengatur emosi dengan waras. Apabila anda menghadapinya dengan tenang, anda berpeluang mengkaji diri.

Mengapa masalah itu terjadi? Masalah kepada siapa, anda atau pasangan? Sentiasa mengkaji niat, tujuan dan matlamat perkahwinan ketika berhadapan dengan masalah kerana sebahagian besar bermula daripada niat, tujuan dan matlamat perkahwinan yang tidak tepat.

Berbincang
Manusia tidak mampu membaca fikiran seseorang. Begitu juga pasangan anda, jika ada yang tidak kena atau tidak puas hati, berbincanglah dengan pasangan. Jangan menyalahkan pasangan atau berharap pasangan mengakui kesalahannya.

Memendam perasaan dan membiarkan kemarahan berlarutan, umpama bom jangka yang menunggu masa untuk meletup serta memusnahkan segalanya. Cari jalan terbaik menuju rumah tangga lebih indah, penuh kasih sayang dan perhatian

Mengalah
Faktor utama perkahwinan bahagia adalah sikap tolak ansur antara pasangan suami dan isteri, bersedia mengalah demi keharmonian rumah tangga.

Memilih untuk mengalah bukan bermakna anda bersalah, sebaliknya menunjukkan kematangan anda. Lakukan demi kebaikan bersama, bukan kerana terpaksa mengalah atau harus selalu mengalah.

comments

FOLLOW US ON:
Beli burger dapat as
Ini Sebabnya Mengapa

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja