Monday, Feb 26, 2018
HomeKeluarga10 Tip Persediaan Hamil

10 Tip Persediaan Hamil

ANDA merancang untuk hamil? Sebaiknya lakukan persediaan awal. Ketahanan fizikal penting untuk memastikan tubuh bersedia untuk menempuh kehamilan. Justeru, anda perlu membuat persediaan rapi agar kehamilan tidak membebankan, malah menyeronokkan.

Advertisements

Selain imunisasi, pemakanan harus dijaga sebaik mungkin. Pengambilan makanan seimbang penting untuk kesihatan diri dan bayi dalam kandungan khsusunya pada perkembangan awal sewaktu organ awal terbentuk.

Panduan berikut ini perlu diberi perhatian dalam persediaan kehamilan anda.

Asid Folik
Asid Folik mengandungi unsur vitamin B yang membantu mengelakkan kecacatan saraf tunjang pada bayi dalam kandungan. Kesan pada penyakit ini ialah tulang belakang bayi akan terkeluar dan dia mungkin mengalami masalah pencernaan kerana saraf tunjangnya terjejas.

Semua wanita yang merancang untuk hamil disarankan supaya meningkatkan pengambilan asid folik setiap hari sebanyak 0.6mg iaitu tambahan sebanyak 0.4mg sebelum hamil dan pada minggu awal kehamilan.

Ini penting kerana pada tempoh ini berlaku pertumbuhan organ bayi. Selain buah seperti pisang yang kaya dengan asid folik, anda boleh mengambil pil asid folik di farmasi, klinik atau melalui makanan tambahan yang ada di pasaran.

Sayur dan buah
Buah dan sayur kaya dengan vitamin C. Jika mahu hamil, anda perlulah mengambil kedua-dua sumber makanan ini untuk mendapatkan vitamin C secara semula jadi untuk mengelakkan daripada serangan pelbagai penyakit.

Tubuh ibu hamil yang cukup vitamin C dapat berkembang dengan baik dan sihat. Pada masa sama, buah dan sayuran membantu menyelaraskan kadar metabolisme dalam badan selain sebagai antioksida untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas yang lazimnya merosakkan sel tubuh.

Pengambilan buuh dan sayuran juga penting untuk untuk mencegah sembelit yang selalu dialami ibu hamil. Makanan yang kaya dengan serat ini juga memerlukan anda mengunyahnya lebih lama berbanding makanan lain dan hasilnya anda cepat kenyang. Jika mengamalkan makan buah dan sayuran dengan baik, anda juga mampu mengawal pertambahan berat badan.

Makan ikan
Ikan sumber protein yang paling baik dan murah, selain mudah dicernakan tubuh. Ikan kaya dengan omega 3 iaitu asid lemak yang diperlukan untuk pertumbuhan mata dan otak baik bagi bayi dalam kandungan.

Ikan yang sesuai untuk ibu hamil antaranya, tuna, tenggiri, tongkol dan kembung. Ikan boleh dimasak dengan pelbagai cara seperti direbus, dipanggang atau digoreng.

Karbohidrat
Ketika hamil, tubuh memerlukan banyak kalori. Kekurangan kalori boleh mengganggu proses tumbesaran bayi dalam kandungan. Jadi, anda dinasihatkan agar mengambil banyak karbohidrat dan mengurangkan pengambilan makanan berlemak sewaktu hamil.

Beras, jagung, mi, bihun, makaroni dan ubi kentang adalah antara makanan yang kaya dengan karbohidrat. Roti sumber karbohidrat terbaik.

Zat besi
Melahirkan bayi adalah proses yang rumit. Justeru, bagi memastikan semuanya berjalan lancar, persediaan awal harus dilakukan. Antara yang perlu diberikan perhatian, kandungan darah ketika hamil.

Ibu hamil memerlukan peningkatan darah sebanyak 40 hingga 60 peratus. Jadi untuk mengelakkan berlakunya masalah anemia, anda disarankan mengambil makanan kaya zat besi seperti daging merah (tetapi elakkan daripada makan hati), sayuran hijau, kekacang dan buah yang dikeringkan.

Bagaimanapun, penyerapan zat besi tidak dapat berlaku dengan baik jika ibu hamil banyak minum minuman yang tinggi kandungan kafeinnya. Ibu hamil yang mengalami anemia kelihatan pucat dan tidak bermaya. Pendarahan yang banyak sewaktu proses kelahiran bayi boleh memburukkan keadaan.

Air secukupnya
Tubuh sangat memerlukan air, sama ada sebelum hamil atau sewaktu hamil. Sepanjang tempoh kehamilan terutama pada peringkat permulaan, gejala seperti loya dan muntah sering berlaku. Ini menyebabkan air banyak keluar. Jadi, anda disaran minum lebih banyak bagi mengantikan air yang hilang itu.

Ketika hamil, hormon progestron meningkat. Keadaan ini boleh menyebabkan proses penghadaman menjadi lambat dan ibu hamil mungkin menghadapi masalah sembelit dan buasir.

Keadaan bertambah teruk apabila kehamilan masuk trimester ketiga. Ketika ini uterus semakin membesar dan penuh dengan bayi serta cecair amniotik akan menekan bahagaian bawah uterus bersama pundi kencing. Ini menyebabkan najis keras dan proses membuang air besar sukar. Jadi, untuk mengeluarkan najis ini, ibu hamil terpaksa meneran.

Apabila meneran terlalu kerap dengan tekanan yang tinggi boleh menyebabkan buasir.
Bagi mengelakkan masalah ini, pastikan tubuh anda mendapat keperluan air secukupnya iaitu lapan gelas sehari  atau lebih.

Sarapan Pagi
Sarapan pagi adalah waktu makan yang paling penting dalam kitaran hidup manusia, apatah lagi bagi ibu hamil. Ketika trimester pertama, ibu hamil sering berasa lesu terutamanya pada waktu pagi. Jadi, ambillah sedikit sarapan agar rasa lesu dapat dikurangkan.

Pada masa sama, bersarapan dapat menghilangkan rasa pedih perut. Rasa pedih yang dialami ibu hamil biasanya membuatkan mereka mual dan ketika inilah, morning sickness menyerang.

Bersarapan membantu anda berhadapan masalah ini. Bagaimanapun, jangan makan terlalu banyak. Contoh sarapan terbaik untuk ibu hamil ialah segelas susu, semangkuk bijirin dan sekeping roti.

Beriadah
Senaman baik untuk menyihatkan badan, hasilnya tubuh menjadi lebih langsing dan mantap. Jika tidak biasa berlari atau ke gimnasium, lakukan senaman sesuai dengan keupayaan anda, misalnya berjalan.

Jika anda suri rumah sepenuh masa, luangkan waktu dengan berjalan di sekitar kediaman sambil membuat kerja rumah seperti membersihkan laman atau menyiram pokok bunga.

Bagi yang bekerja pejabat, banyakkan berjalan. Jika pejabat anda terletak di tingkat atas, jangan gunakan lif. Sebaliknya, naik atau turun menggunakan tangga. Walaupun nampak mudah, kegiatan berjalan kaki sangat baik untuk melancarkan peredaran darah. Sekali gus senaman yang tidak memerlukan kos.

Kalsium
Keperluan kalsium perlu ditingkatkan untuk mengurangkan gejala kebas atau kekejangan sewaktu tempoh kehamilan. Selain mengurangkan kecenderungan mendapat penyakit darah tinggi. Ibu hamil digalakkan minum susu.

Keperluan DHA
DHA penting untuk perkembangan minda bayi dan berfungsi memantapkan pertumbuhan, penglihatan dan otak bayi sejak dalam kandungan lagi.[/private]

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
10 Tip Cinta Sentias
Dugrostar cungkil ba

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja