Sunday, Aug 18, 2019
HomeKeluarga10 Tip Memulakan Hubungan Intim

10 Tip Memulakan Hubungan Intim

“Komunikasi dan persediaan dalam hubungan intim sangat diperlukan.” Begitulah kata seorang pakar seksologi dari Los Angeles, Jaime Corvalan, M.D., ketika memberi penjelasan mengenai cara meningkatkan keghairahan bagi pasangan suami isteri.

Advertisements

Menurut Jaime, banyak faktor yang menyebabkan hubungan di atas ranjang menjadi lesu dan kaku. Faktor ketidakterbukaan minda pasangan suami isteri dalam mengendalikan asmara mereka supaya selalu harmoni adalah penyebab utama mengapa ada yang terpaksa makan hati apabila hubungan intim yang dilakukan tidak sampai ke tahap diingini.

Sebenarnya, tidak sukar mencapai nikmat hubungan intim. Paling penting, anda dan pasangan harus bekerjasama dengan baik supaya  kenikmatan itu dapat dirasai bersama.

Berikut ini 10 tip memulakan hubungan intim;-

  1. Pastikan pasangan anda sudah bersedia.
  2. Anda dan pasangan tidak keletihan atau dalam keadaan tertekan sama ada kerana pekerjaan, masalah rumah tangga dan lain-lain.
  3. Bersihkan badan terlebih dahulu, supaya tubuh segar dan lebih nyaman.
  4. Pakai bau-bauan yang menyenangkan pasangan atau wangian kegemaran suami atau isteri anda.
  5. Katil dan suasana yang bilik tidur yang selesa serta sedap mata memandang pastinya membangkitkan suasana tenang.
  6. Mulakan dengan komunikasi romantis sambil membelai pasangan.
  7. Belai dan berikan ciuman di daerah sensitif yang amat disukai atau mudah merangsang ghairah pasangan anda.
  8. Minta pendapat pasangan mengenai teknik yang anda lakukan. Mungkin ada idea atau cara baru yang boleh dilakukan bersama.
  9. Lakukan dalam keadaan tenang dan gembira, selain sopan serta bertimbang rasa.
  10. Anda dan pasangan mestilah saling bekerjasama dalam mencapai kepuasan yang diidamkan.

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
Buah Asam Kandis Men
Rumahtanggaku Musnah

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja