Friday, Feb 23, 2018
HomeKeluarga10 Tip Cinta Sentiasa Awet Muda

10 Tip Cinta Sentiasa Awet Muda

CINTA bukan hanya bersama pasangan setiap hari atau menghadiahkan sesuatu pada hari lahirnya. Sebaliknya komitmen berpanjangan agar cinta terus segar mewangi dan hubungan sentiasa harmoni.

Advertisements

Justeru, apabila ada sikap pasangan yang tidak anda sukai, lebih baik berterus-terang. Jika perlu, berbincang bersama. Ada kemungkinan akan timbul perasaan sakit hati, tetapi bermanfaat pada hubungan anda.

Misalnya, anda tidak suka melihat pasangan terlalu baik, walaupun hanya sekadar menumpangkan teman sekerja (wanita). Tiada salahnya anda berterus terang, daripada saling menyindir dan tidak selesa kemudian hari.

Panduan berikut ini mungkin boleh membantu agar kasih sayang dan hubungan dalam  rumahtangga sentiasa awet muda.

•Bersikap jujur dengan pasangan sangat penting agar hubungan jauh daripada sebarang salah faham dan konflik.

•Tidak perlu mengubah diri anda menjadi orang lain. Misalnya, anda biasa dan selesa berpakaian kasual, jangan ubah penampilan dengan pakaian sendat atau skirt pendek  hanya kerana pasangan suka melihat wanita lain berpenampilan demikian.

•Apabila anda mencintai pasangan, kunci utama untuk memenangi hatinya adalah keikhlasan. Jangan berharap dia membalas dengan jumlah atau cara sama. Jika menghulur bantuan kepadanya, jangan sekali-kali berkira dan mengungkit. Ini mungkin boleh membuat pasangan tersinggung dan berasa egonya tercabar.

•Jangan berbohong mengenai teman anda. Bersikap terbuka dan beritahu pasangan dengan siapa anda berteman rapat dan biasa menghabiskan waktu di mana. Selain pasangan tidak was-was, anda juga berasa selesa kerana tidak perlu melakukannya secara sembunyi-sembunyi.

•Tiada salahnya jika anda sentiasa meminta maaf dan memaafkan orang lain, itu juga tandanya anda berjiwa besar serta bukan pendendam. Kita manusia biasa dan tidak sempurna. Pasti, sama ada secara sedar atau tidak, kita tentu ada melakukan kesalahan.

•Jangan segan memberi atau  melakukan kejutan kepada pasangan. Misalnya, anda memasak makanan kegemarannya, menghadiahi sejambak bunga atau sekadar menghantar sistem pesanan ringkat (SMS) meluahkan kerinduaan anda kepadanya.

Kejutan romantis ini bukan sahaja boleh membantu mengeratkan hubungan, malah pertalian perasaan dengan pasangan.

•Saling mengambil berat mengenai pasangan anda. Misalnya, apabila dia sakit  tanya sama ada sudah makan atau belum. Bagaimana keadaannya, apakah bertambah membaik atau perlu rawatan susulan, pasti dia semakin sayang kepada anda.

•Menjaga hubungan dengan keluarga pasangan sangat penting. Setidaknya, anda boleh bergaul mesra dengan mereka. Jika ada sesuatu berlaku, mudah untuk anda berkomunikasi dan mendapat sokongan daripada mereka.

•Mungkin anda berasa tidak senang jika pasangan akrab dan baik dengan ramai orang, tetapi, tidak perlulah mengongkongnya kerana pasangan akan berasa dirinya diawasi pesalah.

•Meskipun anda dan pasangan bersikap terbuka, tidak semua perkara harus dikongsikan bersama. Hargai hak peribadinya, bataskan apa yang perlu dan tidak sepatutnya anda tahu atau masuk campur.

comments

Bayi mangsa dera men
10 Tip Persediaan Ha

nishaeimann@gmail.com

Selain gemar memerhati, selalu teruja merakam keindahan semula jadi. Suka melancong terutama ketika musim sejuk. Gemar muzik keras, teater dan novel indie serta puisi jalanan.

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja