Sunday, Aug 18, 2019
HomeKeluarga10 Rahsia Perkahwinan Bahagia Dan Awet Muda

10 Rahsia Perkahwinan Bahagia Dan Awet Muda

10 rahsia perkahwinan awet muda

Perkahwinan menyatukan dua individu dalam satu tujuan (misi) sama dan keinginan mencapai kebahagiaan berkekalan hingga akhir hayat. Bagaimanapun, jalan menuju kebahagiaan tidak sepanjang masa berjalan lancar dan harmoni.

Advertisements

Pasti ada cabaran, dugaan dan halangan yang kadangkala menggagalkan misi menuju rumah tangga bahagia serta harmoni. Sepuluh rahsia berikut ini mungkin dapat membantu perkahwinan anda awet muda.

1. Cinta
Cinta ibarat tenaga dan semangat yang dahsyat yang mampu mengembangkan serta menyempurnakan keperibadian pasangan suami isteri. Cinta membantu membuang semua rintangan yang muncul di tengah perjalanan rumah tangga.

Perkahwinan yang dibina tanpa berlandaskan cinta dan kasih sayang ibarat mimpi kosong. Meskipun bukan syarat utama, cinta amat penting dalam membina perkahwinan harmonis. Justeru, cinta dalam perkawinan adalah sesuatu yang mutlak dan harus dimiliki setiap pasangan suami isteri.

2. Seagama
Ya, harus diingat cinta sahaja tidak memadai untuk mencipta perkahwinan bahagia. Prinsip memilih suami seagama juga menjadi satu daripada kunci dalam mencapai kebahagiaan berrumahtangga.

Memang, ramai pasangan suami isteri berbeza agama bahagia menjalani perkahwinan mereka, namun, sebaiknya jangan pandang remah perkara ini.

Ada kemungkinan, anda atau pasangan akhirnya memilih jalan hidup sendiri sesuai agama anutannya. Apatah lagi adanya cahayamata, pasti persoalan agama yang akan dianut anak menjadi punca perdebatan berpanjangan.

3. Kepercayaan
Tanpa rasa saling percaya antara pasangan suami isteri, perkahwinan tidak dapat berjalan lancar. Rasa percaya menghantarkan anda kepada perasaan aman dan selesa.

Kuncinya, jangan sia-siakan kepercayaan yang diberikan pasangan. Isteri tidak perlu mencurigai suami, begitu juga sebaliknya. Membina rasa saling percaya juga adalah tanda wujudnya cinta yang matang.

4. Keperluan seksual
Perkahwinan tanpa seks ibarat sup tanpa garam. Hambar. Hubungan seks memang menjadi keperluan utama dalam rumah tangga.

Meskipun kegiatan seks bertujuan memperoleh keturunan, namun kita perlu ‘menghidupkan’ hubungan seks untuk mencapai kebahagiaan bersama pasangan.

Prinsip hubungan seks yang baik adalah adanya keterbukaan dan kejujuran dalam mengungkapkan keperluan antara satu sama lain.

Mudah kata, kegiatan seks adalah untuk saling memuaskan, namun perlu dihindari kesan mengeksploitasi pasangan. Kegiatan seks yang menyenangkan boleh memberikan kesan positif kepada pasangan suami isteri.

5. Ekonomi stabil
Hampir sebahagian besar waktu dalam keluarga kini, khususnya pasangan suami isteri muda di bandar pesat membangun adalah untuk mencari nafkah. Tidak dinafikan, faktor ekonomi tidak boleh dianggap remeh.

Bayangkan, apa yang bakal terjadi seandainya rumah tangga tidak disokong ekonomi yang stabil. Justeru, mengatur dan merancang ekonomi sangat penting kerana ini memberi perasaan selamat dan selesa dalam rumah tangga.

6. Zuriat
Anak adalah anugerah tidak ternilai. Perkahwinan tanpa kehadiran cahayamata seringkali menimbulkan persoalan tersendiri. Kehadiran anak juga mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan tanggungjawap untuk membesarkan, menjaga dan saling menyayangi.

7. Orang ketiga
Dalam melayari kehidupan berumahtangga, sebaiknya tidak dicampuri orang lain, terutama orang ketiga. Kehadiran orang ketiga yang mencampuri urusan dan mempengaruhi rumah tangga, boleh menimbulkan banyak masalah.

Banyak contoh keluarga yang hancur gara-gara orang ketiga masuk campur dalam urusan rumah tangga, sama ada mentua, saudara-mara, hubungan sulit, jiran dan lain-lain.

8. Kemesraan
Kadangkala, pasangan suami isteri yang sudah lama hidup bersama tidak lagi ambil peduli perkara ini. Tiada kata-kata pujian, makan malam bersama, bahkan perhatian pun seperti barang mahal. Padahal, menjaga kemesraan sangat penting dan perlu berterusan agar rumah tangga sentiasa harmonis.

Memberi hadiah, mencium pipi, berpegangan tangan, saling memuji atau berjalan ke tempat romantik boleh membantu menyemarakan perasaan cinta dan kehangatan hubungan dengan pasangan.

9. Komunikasi
Hilangnya komunikasi bererti hilang satu daripada  kekuatan yang melancarkan perjalanan rumah tangga anda.

Bagaimana hubungan anda dan pasangan dapat berjalan lancar jika enggan bercakap atau bertegur sapa? Tanpa jalinan komunikasi yang baik antara pasangan suami isteri, pasti sukar untuk membina rumah tangga bahagia.

10. Prihatin
Meskipun kedengaran remeh, tetapi pujian atau perhatian sangat besar pengaruhnya kepada pasangan. Ucapan bernada pujian boleh mengeratkan hubungan suami isteri.

Tanpa pujian dan perhatian, mungkin pasangan berasa diabaikan dan diremehkan. Jadi, berilah puji dan perhatian kepada pasangan anda.

Memuji tidak memerlukan wang, hanya ketulusan dan perasaan penuh cinta kepada pasangan. Ini sangat berkesan untuk menghangatkan kemesraan dalam hubungan anda dan pasangan.

comments

FOLLOW US ON:
4 Tip Pilihan Dekora
Resipi Rendang Ayam

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja