Wednesday, Jul 8, 2020
HomeKeluarga10 Jenis Makanan Pembangkit Ghairah

10 Jenis Makanan Pembangkit Ghairah

“SEJAK kebelakangan ini, suasana di atas katil kami sangat dingin. Semuanya serba suram, tidak lagi seperti tahun pertama perkahwinan kami. Apakah ini bermaksud, hubungan seksual kami bermasalah?” Luah Suzie, dengan wajah muram.

Tidak dinafikan, beberapa tahun hidup bersama ada waktunya, ghairah seks tiba-tiba menurun. Jangan panik, masih banyak cara untuk menyelamatkan keadaan. Salah satu daripadanya, makan makanan yang dapat membangkitkan ghairah seks anda dan pasangan.

Advertisements

Beberapa kajian mendapati, memasukkan makanan penunjang aktiviti seks pada hidangan tengah hari dan malam membantu mempengaruhi kegiatan seksual pasangan suami isteri.

Ini kerana tubuh memerlukan histamine (sebatian kimia yang ada dalam semua tisu badan dan menyebabkan tindak balas) untuk menggerakkan ledakan ketika mencapai titik klimaks.

Misalnya dengan menyajikan sandwich berinti ikan salmon, sardin atau mackerel untuk hidangan tengah hari boleh menambah lebih banyak Omega 3 di dalam tubuh. Sekali gus mendorong aliran darah masuk ke dalam alat kelamin.

Ramai percaya pada keberkesanan aphrodisiac atau makanan pembangkit ghairah. Ini kerana setiap makanan mengandungi zat yang sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh.

Bahkan, bahan makanan tertentu dipercayai mengandungi zat membangkitkan ghairah seks. Selain menjadi sumber terbaik untuk menjaga kualiti hormon seks.

Berikut 10 jenis makanan yang dapat membantu menghangatkan kegiatan seks anda dan pasangan

1. Cili dipercayai dapat membantu memulihkan ghairah seksual. Rasanya yang pedas dan panas mudah terserap dalam otot tubuh sehingga merangsang kekuatan seks.

2. Tiram mengandung zat besi yang dapat merangsang tubuh menghasilkan hormon testosterone (hormon lelaki).

3. Coklat banyak zat PEA (phenyl ethylamine) iaitu zat yang diperlukan untuk melancarkan darah. Coklat mengandungi daya perangsang semula jadi sama kopi. Selain membantu meningkatkan aliran oksigen di dalam otak. Sekali gus membuat kegiatan seksual lebih menyenangkan.

4. Telur ikan boleh membantu memperbaiki sel saraf yang rosak hingga kulit menjadi semakin peka pada rangsangan.
5. Anggur membantu mengatasi melegakan kepenatan tubuh, sama ada dimakan segar atau dibuat minuman tetap memberi kesan sama.
6. Ginseng mempunyai zat aktif yang membantu sistem pengeluaran hingga dapat meningkatkan penghasilan sperma (lelaki).
7. Madu berkualiti tenaga dan khasiat spontan kerana kandungan glukosanya mudah diurai sebagai sumber tenaga.


8. Kacang merah pula membantu tubuh untuk membentuk hormon.

9.  Sayur-sayuran dan buah-buahan seperti bayam, brokoli, jagung, lobak merah, strawberi, avokado dan aprikot antara makanan yang banyak khasiatnya.
10. Bawang putih sangat bermanfaat meningkatkan aliran darah dan meningkatkan penghasilan sperma.

Bagaimanapun, ada juga makanan yang perlu anda elakkan. Hasil kajian The Smell and Taste Research Foundation, di Chicago, mendapati bau daripada buah ceri boleh menyebabkan ghairah seks wanita menurunkan. Begitu juga bau daging yang dimasak di atas arang.

Kredit foto: Sumber pelbagai

 

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
4 Tip Suai Padan War
"Wah, Kulit Saya Mud

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja